Kesan Tak Pakai 3 Asas Penjagaan Kulit, Kusam dan Kalau Mekap Pun Kurang Kemas

Anda kena tahu apa itu asas penjagaan kulit untuk buat kulit sihat walau tak mekap. Ini tiga ‘makanan kulit’ yang wajib ada di rumah dan amalkan, pencuci muka, pelembap dan sunscreen.

Kalau pakai 3 yang basic ni kulit dah okay, sebenarnya tak perlu tambah dah langkah yang lain. Kalau nak tambah juga pun boleh, pilihan masing-masing. Tapi kena ingat, tambah lagi banyak langkah tak semestinya jadi lebih baik. Jadi kena rajin observe kulit sendiri ya.

Sebelum tambah skincare yang bukan basic, pastikan kita dah pakai yang asas dengan consistent dahulu. Maksudnya jangan pakai toner sahaja atau serum sahaja lepas tu mengharapkan keajaiban berlaku.

Kesan Tak Pakai 3 Asas Penjagaan Kulit

Tak pakai pencuci, habis sisa produk, minyak muka, dan kotoran bertimbun pada lapisan kulit. Bukan sahaja skincare tidak dapat menyerap dengan baik, malah lebih teruk gumpalan kotoran ni menjadi punca kulit breakout berapanjangan.

Jika tak pakai pelembap, kulit tak dapat lembapan dan mengukuhkan skin barrier. Kulit kering dan skin barrier yang lemah pun punca kepada banyak masalah kulit.

Dan kesan tak pakai sunscreen, sinar UV makin merosakkan kulit. Lama kelamaan kesan UV damage pada kulit semakin ketara. Jangan salahkan skincare tidak berkesan kalau tak pakai sunscreen pada waktu siang.

Peka Dengan Perubahan

Kalau dah pakai basic dengan consistent, lepas itu ada masalah kulit yang kita nak improve boleh introduce one product at time. Contohnya mula dengan tambah toner untuk tingkatkan hidrasi, kalau tiada masalah dengan toner dan kulit nampak well hydrated boleh tambah serum pula untuk even out skin tone.

Kesimpulannya, go back to basic kemudian build your routine sedikit demi sedikit mengikut keperluan kulit anda.

Selamat bercantik-cantik!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply