Asas Penalaan Suspensi Motosikal – Dijelaskan

Sistem suspensi motosikal adalah komponen penting yang memastikan kestabilan dan daya cengkaman ketika di jalanan atau laluan lasak. Fungsinya termasuk menyerap hentakan, mengawal kestabilan, dan memastikan roda motosikal sentiasa mencengkam permukaan jalan dengan baik. 

Bagi motosikal premium, sistem suspensinya biasanya hadir dengan komponen canggih dan boleh dilaraskan mengikut keutamaan penunggang, gaya pemanduan, dan keadaan jalan. Melalui penalaan ini, motorsikal dapat memberikan prestasi yang optimal, sambil menambah keselesaan dan kawalan semasa menunggang.

Walaupun penalaan suspensi boleh jadi tugas yang agak rumit, ia tidak bermakna penunggang biasa tidak boleh memahami konsep asasnya. Memahami beberapa istilah dalam dunia penalaan suspensi dapat meningkatkan apresiasi terhadap prestasi motosikal. Mari kita lihat beberapa istilah biasa untuk membantu pemahaman anda mengenai cara suspensi berfungsi.

Preload - MOTODEAL
Preload – MOTODEAL

1. Preload

Preload merujuk kepada penalaan tekanan asas pada penyerap hentak hadapan atau belakang motorsikal sebelum ditunggang. Ia membolehkan penunggang menyesuaikan suspensi mengikut berat, gaya menunggang, dan keadaan jalan, menentukan sejauh mana suspensi mengendur di bawah beban motorsikal dan penunggang. 

Untuk menala preload, biasanya penunggang akan memutar gelang skru atau menggunakan alat khusus untuk meningkatkan atau mengurangkan tekanan pada spring. Dengan menambah preload, spring diketatkan, menjadikannya lebih keras dan mengurangkan ‘sag’. Ini berguna ketika membawa beban yang lebih berat atau menunggang di laluan lasak. Sebaliknya, mengurangkan preload memberikan tunggangan lebih lembut, sesuai untuk permukaan jalan yang rata atau penunggang yang lebih ringan.

Compression Damping - MOTODEAL
Compression Damping – MOTODEAL

2. Compression Damping

Compression damping membolehkan penunggang mengawal kelajuan suspensi ketika ditekan atau ketika brek diaplikasikan. Penalaan ini berguna untuk mengelakkan suspensi daripada menekan terlalu cepat atau memantul terlalu kuat. Dalam sistem compression damping, terdapat pelarasan yang mengawal aliran cecair hidraulik dalam suspensi. Dengan meningkatkan compression damping, aliran cecair akan lebih tersekat, memperlahankan kompresi suspensi dan memberi kestabilan tambahan di laluan kasar. Sebaliknya, mengurangkan compression damping membuatkan suspensi lebih responsif, sesuai untuk permukaan jalan yang rata.

Rebound Damping - MOTODEAL
Rebound Damping – MOTODEAL

3. Rebound Damping

Rebound damping pula merujuk kepada kadar suspensi kembali ke kedudukan asalnya setelah ditekan. Ia memastikan suspensi tidak kembali terlalu cepat atau lambat, yang boleh menjejaskan kestabilan. 

Dalam sistem rebound damping, pelarasan membolehkan kawalan aliran cecair hidraulik semasa ia kembali dari keadaan termampat. Dengan meningkatkan rebound damping, aliran cecair diperlahankan, mengelakkan suspensi daripada kembali dengan pantas, menjadikan tunggangan lebih stabil. Sebaliknya, menurunkan rebound damping memberikan suspensi yang lebih responsif, sesuai untuk penunggang yang inginkan tunggangan lebih lembut.

Sag - MOTODEAL
Sag – MOTODEAL

4. Sag

Sag merujuk kepada sejauh mana suspensi termampat di bawah berat penunggang dan motorsikal. Pengaturan sag yang betul membantu memastikan tayar sentiasa mencengkam permukaan jalan, memberi kawalan yang baik. 

Pengaturan sag berbeza mengikut berat penunggang, gaya menunggang, dan geometri motosikal. Namun secara umumnya, Sag yang ideal membolehkan suspensi berfungsi dalam julat optimalnya, menyokong kestabilan penunggang dan motorsikal.

Bottom-Out -MOTODEAL
Bottom-Out -MOTODEAL

5. Bottom-Out dan Top-Out

Bottom-out berlaku apabila suspensi termampat sepenuhnya hingga ke hujung julatnya. Situasi ini berlaku ketika motorsikal melalui benjolan besar atau menekan brek secara agresif, menyebabkan hentakan yang kuat dan kehilangan cengkaman tayar. Ini menunjukkan suspensi mungkin perlu dilaraskan atau mungkin gaya menunggang terlalu agresif. Sebaliknya, top-out berlaku apabila suspensi melanjutkan sepenuhnya ke hujung reboundingnya, menghasilkan kejutan ke atas. Ini biasanya terjadi apabila rebound damping terlalu rendah. Mengawal rebound damping dengan baik dapat mengelakkan situasi ini, sekaligus mengekalkan kestabilan suspensi.

Top-Out -MOTODEAL
Top-Out -MOTODEAL

Dengan memahami istilah asas ini, anda boleh mula menghargai betapa pentingnya suspensi dalam meningkatkan pengalaman menunggang.

Dari MotoDeal

Baca Juga Apakah Kesan Penggunaan “Chemical” Ketika Mencuci Motosikal?

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply