F1 2024 – Ferrari Tawan Grand Prix Mexico, Norris Kedua

Grand Prix Mexico

Dalam satu perlumbaan penuh aksi di Grand Prix Mexico, Carlos Sainz berjaya meraih kemenangan cemerlang bagi pasukan Ferrari. Menambah koleksi kemenangan Formula 1 keempatnya. 

Walaupun bermula di hadapan, Sainz berdepan cabaran awal daripada juara bertahan, Max Verstappen. Namun, Sainz mempamerkan aksi mantap dan mengambil semula kedudukan pendahulu pada pusingan ke-9.

Di sinilah drama bermula. Verstappen terlibat dalam pergelutan sengit dengan pesaingnya, Lando Norris. Akibat aksi agresifnya terhadap pemandu Britain itu, Verstappen dikenakan dua penalti 10 saat setiap satu. 

Situasi ini memberi ruang kepada Charles Leclerc untuk merampas kedudukan kedua dan bersama Sainz, kedua-dua pemandu Ferrari menikmati perlumbaan yang relatif lancar di bahagian hadapan.

Drama awal perlumbaan - F1
Drama awal perlumbaan – F1

Ferrari Leclerc

Bagaimanapun, pada saat-saat akhir, Norris mula mengejar dan akhirnya berjaya memotong Leclerc selepas pemandu Monaco itu terbabas sedikit. 

Walaupun Norris berusaha memendekkan jarak dengan Sainz, masa tidak menyebelahinya, dan dia terpaksa akur di tempat kedua dengan perbezaan 4.7 saat. 

Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Menjadikan ini satu podium berkembar buat Ferrari. Kedua-dua pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dan George Russell, menyusul di belakang mereka. Dengan Hamilton berjaya memenangi pertarungan dalaman pasukan pada saat akhir.

Verstappen 

Walaupun dihukum penalti keseluruhan 20 saat, tidak mengalah dan menamatkan perlumbaan di tempat keenam. Di belakang Verstappen, Kevin Magnussen (Haas) dan Oscar Piastri (McLaren) turut mempamerkan aksi menarik. 

Magnussen menduduki tempat ketujuh, manakala Piastri berjaya memecut dari tempat ke-17 hingga ke-8.

Pierre Gasly berjaya meraih mata terakhir buat pasukan Alpine di kedudukan ke-10, selepas menamatkan perlumbaan di belakang Nico Hulkenberg yang juga pemandu Haas. 

Norris & Verstappen, Mexico GP -F1
Norris & Verstappen, Mexico GP -F1

10 Penamat Terbawah

Lance Stroll dari Aston Martin menamatkan perlumbaan di tempat ke-11, manakala Franco Colapinto dari Williams yang mendapat penalti 10 saat kerana insiden dengan Liam Lawson, masih kekal di tempat ke-12. 

Pemandu Red Bull, Sergio Perez, mengalami perlumbaan yang mengecewakan di hadapan penyokong tempatan dan hanya mampu menamatkan saingan di tempat ke-17, iaitu terakhir bagi pemandu yang diklasifikasikan.

Sementara itu, Fernando Alonso dari Aston Martin terpaksa menarik diri dari perlumbaan ini dalam Grand Prix ke-400 beliau, satu penamat yang mengecewakan. Awal perlumbaan juga menyaksikan Alex Albon dan Yuki Tsunoda tersingkir selepas terlibat dalam perlanggaran di Pusingan 1.

Carlos Sainz, Juara F1 Mexico GP 2024
Carlos Sainz, Juara F1 Mexico GP 2024

Ucapan Terima Kasih dari Sainz kepada Mexico

Kemenangan ini cukup bermakna buat Sainz yang meluahkan rasa teruja dan terima kasih kepada penyokongnya di Mexico. “Gracias Mexico! Rasanya luar biasa dapat melihat sokongan daripada penonton di sini. Saya benar-benar mahukan kemenangan ini, malah ia amat penting bagi saya, lebih-lebih lagi sebelum meninggalkan Ferrari. Melihat sokongan ramai di sini memang satu keajaiban!” katanya dengan penuh emosi.

Destinasi Seterusnya – Grand Prix Sao Paulo

Siri perlumbaan Formula 1 akan diteruskan dengan Grand Prix Sao Paulo yang akan berlangsung di Autodromo Jose Carlos Pace pada 1 hingga 3 November. Nantikan aksi seterusnya untuk melihat apakah Ferrari dan pasukan lain dapat meneruskan momentum di pusingan ini.

Dari Formula One 

Baca Juga F1 – Charles Leclerc Dominasi di Austin, Norris Kena Penalti

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply