“Suasana Warna-Warni Dan Mengharukan,” Khairul Aming Kongsi Resepi Juadah Masakan India Bersempena Sambutan Deepavali

Jika sebelum ini, pempengaruh dan pencipta kandungan terkenal, Khairul Aming sinonim dengan siri ‘30 Hari 30 Resepi’ bersempena puasa di bulan Ramadan. Namun, baru-baru ini beliau muncul bagi memeriahkan lagi sambutan Deepavali yang bakal disambut pada 31 Oktober dengan video terbaru memasak masakan India.

Menerusi perkongsian di Instagram, Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman (32) menyahut cabaran dengan menyediakan tiga juadah India iaitu ulunthu vadai (wade), masala tea (teh masala/berempah) dan kari ayam ala India.

“Saya memang gemarkan makanan India tetapi tidak pernah cuba memasaknya. Justeru, bersempena dengan Deepavali, saya cabar diri untuk belajar dan berkongsi resipi ini dengan penonton,” dia berkata kepada Bernama ketika penggambaran eksklusif di studionya, baru-baru ini. 

BACA: Tanda Penghargaan Video Percutian Sambil Memasak! Khairul Aming Bertemu Dengan PM New Zealand!

Sumber: Instagram Khairul Aming

Menurutnya lagi, bagi memastikan hidangan yang disediakan itu benar-benar menyerlahkan keaslian masakan India, beliau dan pasukannya sangat teliti dalam pemilihan bahan dan kiraan sukatan.

Dalam pada itu, semasa menyediakan wade, gorengan India Selatan yang diperbuat daripada sejenis kacang hitam, cili, bawang besar dan tepung beras. Khairul Aming berkata ia salah satu hidangan yang agak sukar untuk disediakan dan memerlukan latihan berulang kali.    

Selain daripada itu, hidangan itu juga dilengkapkan dengan teh masala dan kari ayam dihiasi daun ketumbar yang diletakkan di atas pinggan perak beralaskan daun pisang.

BACA: Terus Harumkan Nama Malaysia, Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Dari PM New Zealand!

Sumber: Instagram Khairul Aming

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

 Bercakap mengenai persediaan, Khairul Aming juga turut menyelami budaya masyarakat India, termasuk membeli bahan-bahan masakan tersebut di Little India, Brickfields serta menggunakan periuk tanah liat dan perkakas dapur diperbuat daripada perak. 

Beliau turut berkongsi pengalamannya pertama kali membeli-belah untuk persediaan Deepavali dan menggambarkan suasananya sebagai sesuatu yang berwarna-warni dan mengharukan.

Sekadar info, memetik laporan Bernama, Khairul Aming bakal mengeluarkan video berjudul ‘Khairul Aming’s Deepavali Special’ menjelang sambutan Pesta Cahaya yang akan disambut pada Khamis ini.

Sumber: Bernama

BACA: “Atuk Dah Pencen Nak!” Chef Wan Tidak Terkesan Dibandingkan Dengan Khairul Aming

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Comments

Leave a Reply