Cara Simpan Stok Beras Untuk Kegunaan Kecemasan. Beras Kekal Elok Bertahun-Tahun, Tak Rosak

Bencana alam tidak dapat kita jangka, boleh jadi kita keputusan bekalan beras akibat banjir, kemarau dan sebagainya. Sebab itulah penting untuk kita menyimpan stok beras di rumah yang juga menjadi makanan ruji kita.

Salah satu cara untuk menyimpan stok beras ini agar ia tahan lama malah hingga bertahun-tahun adalah dengan menggunakan botol plastik dan bawang putih. Kaedah ini dikongsi oleh Saudah Yahya yang mempraktikkannya sejak sekian lama. Katanya beras kekal elok, tanpa dirosakkan oleh bubuk.

Kaedah simpan stok beras bertahun-tahun lamanya

1. Sediakan botol plastik yang bersih dan kering, masukkan beras yang elok tiada kutu beras ke dalamnya.

2. Isi sedikit beras dulu kemudian ambil satu labu bawang putih yang dileraikan dan letak di atas permukaan beras. Tak perlu buang kulit bawang putih.

3. Kemudian isi lagi beras dan ulang dengan meletakkan bawang putih hingga beras penuh. Untuk satu botol ini boleh isi dalam 4-5 labu bawang putih.

4. Hentak sedikit botol supaya beras betul-betul penuh. Kemudian letak bahagian atas dengan bawang putih sebelum ditutup.

Ini beras yang sudahpun setahun disimpan, masih elok dan tiada kutu.

INFO

  • Bila sudah lama bawang putih akan kecut dan kering meninggalkan kulit saja namun ia tidak akan merosakkan beras.
  • Selepas setahun atau lebih boleh saja menggunakan beras ini dan gantikan dengan beras lain. Beras akan kekal elok dan tak hancur.
  • Paling tidak setiap rumah kena simpan 1-2 botol stok beras begini. Bencana alam, darurat dan kecemasan kita tak boleh jangka.

Sumber: Saudah Yahya

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply