Raih Tempat Ke-2 & Ke-4 Dalam Peperiksaan ACCA! Danish Zafran, Amin Zulharis Harumkan Nama UiTM Di Persada Dunia!

Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) kekal dengan reputasi cemerlang sebagai pusat pendidikan akauntan apabila dua penuntutnya baru-baru ini merangkul pencapaian luar biasa dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Menerusi perkongsian UiTM di laman Facebook rasminya, Danish Zafran Bazam (22) mengungguli kertas Advanced Financial Management (AFM) dan memperoleh tempat kedua di dunia manakala Amin Zulharis (21) meraih tempat keempat global dalam kertas Strategic Business Reporting (SBR).

Terdahulu, Danish Zafran telah diiktiraf sebagai pemenang anugerah bagi kertas Performance Management (PM) pada Mac 2023, dan kejayaan itu diikuti dengan pencapaian cemerlangnya sekali lagi sebagai pemenang anugerah bagi peperiksaan September 2024 melalui kertas AFM.

BACA: Raih Tempat Ke-2 ACCA Dalam Dunia! Muhammad Fawwaz & Nur Ilhan Patut Dijadikan Contoh

Kredit: UiTM

Kredit: UiTM

“Walaupun sukar, saya sentiasa mengingatkan diri bahawa menyambung pengajian ACCA adalah satu anugerah dan saya beruntung dapat belajar di UiTM”

“Saya percaya dengan keyakinan diri yang tinggi, usaha yang konsisten, fokus dalam sesi kuliah serta tidak segan bertanya kepada pensyarah banyak membantu saya dalam kecemerlangan akademik,” katanya.

Sementara itu, Amin yang memulakan pengajian ACCA selepas SPM dengan menyertai program Foundation in Accountancy (FIA), mengakui bahawa cabaran terbesar yang dihadapinya adalah melawan rasa malas.

BACA: Minat Matematik, Hafizah 30 Juzuk Al-Quran Berjaya Raih Markah ACCA Tertinggi Di Dunia

Kredit: UiTM

“Saya sentiasa mengingatkan diri tentang tujuan saya untuk mengekalkan disiplin. Motivasi utama datang daripada kesedaran tentang kos tinggi untuk mengikuti kursus ACCA dan saya menghargai pengorbanan kewangan yang keluarga saya lakukan untuk pendidikan saya,” katanya.

Sekadar info, fakulti itu akan mengorak langkah bagi mencapai aspirasi kerajaan dalam meningkatkan jumlah graduan profesional dalam bidang perakaunan negara kepada 60,000 orang menjelang 2030. Semoga pencapaian seperti ini menjadi contoh pada anda di luar sana.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, , , ,

by

Comments

Leave a Reply