Semai Benih LADA SOLOK, Tanam Kaedah Nutripot Tak Perlu Siram!

Mudah rupanya nak tanam solok lada sendiri di rumah. Semai hanya guna biji benih dari solok lada yang kita beli di pasaraya je.

Tanam pula guna kaedah nutripot, lebih memudahkan tak perlu siram setiap hari hanya perlu pantau sukatan air dalam bekas selang 2, 3 hari.

Ini cara yang tanam solok lada yang dikongsikan daripada Kebun Dapur Alin sebagai panduan;

Saya ingin kongsikan sedikit tanaman yang paling mengembirakan hati. Lada solok je pon tapi sangat membanggakan hasil dia. Mari saya cerita serba sedikit ye. Saya pon budak baru belajar mana tau perkongsian saya ini bermanfaat untuk orang lain untuk mencuba juga tanamkan.

1. Biji Benih

Untuk biji benih saya dapat hasil dari beli di pasaraya sahaja saya ambil dan semai.. lada solok yang asal memang jenis besar dan panjang. bila tanam dia tak la sebesar lada yang asal tapi takpe la..hasil masih memuaskan hati.

2. Bekas Media

Untuk bekas media tanaman saya menggunakan bekas terpakai dari bekas biskut dan sabun basuh pinggan je dan ada juga bekas botol sahaja. senang kan apa yang ada je tak perlu kuar modal beli pasu pun.

3. Kawalan Bena

Untuk kawalan bena saya hanya pantau bawah daun setiap kali siram. Bila ada bena saya akan buang daun yang dah terkena bena putih. Manakala bila pucuk daun memgerekot sy akan cantas terus tanpa fikir panjang. Sebab tak nak pokok berpenyakit terus bila di biarkan.

4. Baja

Untuk pembajaan pula saya menggunakan baja biji untuk bunga dan buah. Manakala untuk baja cecair saya akan letak di dalam air kerana lada yang saya tanam ni secara nutripot yang mana air akan di serap secara automatik menggunakan sumbu.Jika menggunakan media tanah saya hanya akan siram terus sahaja ke tanah.

5. Kaedah Nutripot

Untuk kaedah nutripot pastikan ada lubang sedikit di tepi bekas untuk mengelakkan akar terendam dan membusuk yang boleh menyebabkan pokok mati awal. Lubang pada tepi bekas untuk mengeluarkan air yang berlebihan.

Cara ini lebih mudah kerana cuma pantau sahaja air setiap 2 or 3 hari sekali untuk tambah air. Bila tambah air kadang-kadang guna baja ab dan ada kalanya hanya guna air paip sahaja. Sebab bila tabur guna baja biji saya akan letak air paip sahaja.

6. Media Tanaman

Media tanaman yang saya gunakan adalah campuran dari tanah hitam 6 in 1 dan cocopeat. Anggaran nisbah campuran 1:1 or 1:2 pon boleh juga.

Akhir sekali untuk belajar menanam lada kena la banyak bersabar kerana cabaran tanam cili ni tak semudah tanam sayur lain sebab paling senang kena serangan bena putih dan penyakit daun berkerekut.

Di sini saya kongsikan tutorial cara tanam sehingga petik lada solok ni.

Info Ekstra!

Nak jimat tanam cili tanpa keluarkan modal boleh guna cili yang dalam peti ais je atau yang dibeli di pasaraya tu dan boleh guna bekas terpakai sahaja. Kena kreatif sedikit sebab nak jimatkan. Bolehla share pada kawan-kawan yang baru nk belajar tanam cili. usaha tangga kejayaan. Selamat mencuba.

Sumber: Kebun Dapur Alin

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:Hasil 6 Bulan Tanam KUNYIT Dalam Tayar, Bersusun Isi Puas Hati Berbaloi!
Baca Lagi Di Sini:3 Kegunaan Serbuk Kunyit Untuk Tujuan Berkebun Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Menarik: Tanam Kunyit Macam Ni Bawah Teduhan, Daun Jadi Lebar Dan Tak Kuning

IMPIANA: Mudah nak tanam solok lada kampung, semai dari biji benih je, tanam guna kaedah nutripot tak payah nak siram setiap hari. Memang puas hati, jimat belanja dapur.

Follow kami di WEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply