Shila Amzah Pilih Jadi ‘Parents’ Yang Tenang, Mahu Cipta Memori Dengan Suami & Anak!

Penyanyi Shila Amzah yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada Mei lalu berkongsi perkembangan anaknya, Rhea Akira yang kini sudah mula tumbuh gigi.

Menerusi Instagramnya, Shila turut berkongsi kisah Rhea yang menangis tanpa henti kerana mahu tumbuh gigi. Bukan itu sahaja bahkan pada usia tidak kurang setahun bayi juga akan kerap demam.

“Dia menangis tak berhenti sampai tiga jam. Nak tumbuh gigi, nak tukar bulan.

“Keadaan ni buat saya selalu fikir fasa bayi baru lahir yang paling mudah. Mata panda, selama 3 hari berturut-turut,” kongsinya.

Ujar Shila lagi dia memilih untuk kekal tenang dalam menjaga anak kerana merasakan itu adalah jalan terbaik buatnya sebagai ibu.

“Ubai selalu kagum macam mana saya sentiasa tenang. Saya kata kita sebagai mak ayah tiada pilihan. Saya tak mahu hilang kawalan depan anak-anak sebab tak nak anak trauma.

” Tak kira penat macam mana pun anak adalah rahmat dan amanah Allah pada kita. Mereka tak boleh pilih kita tapi kita boleh pilih jadi ibu bapa yang bagaimana pada anak-anak,” tambah Shila.

Mahu cipta memori baru bersama suami & anak-anak

Menerusi entri yang sama juga, Shila turut memuat naik beberapa keping gambar bersama suami dan anak-anak ketika bercuti ke Pulau Pinang baru-baru ini.

Akui Shila lagi, negeri Pulau Mutiara yang terkenal dengan deretan makanan enak itu pernah membuatkan dia trauma untuk kembali ke sana lagi namun dia mahu mencipta kenangan baru bersama Ubai dan dua anaknya.

“Saya berdepan dengan rasa takut bersama suami tercinta. Ramai yang tidak tahu Pulai Pinang membuatkan saya rasa trauma.

“Ada beberapa insiden yang berlaku di Pulai Pinang yang menghantui dan tak boleh saya lupakan. Dah lebih 10 tahun saya cuba atasinya.

“Baru-baru ini kami bercuti bersama keluarga dan saya cadangkan Pulai Pinang. Saya mahu mencipta memori baru bersama keluarga,” ujarnya.

Banyak kenangan manis yang sempat Shila potretnya sebagai kenangan bersama.

Terdahulu Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Rhea Akira yang kini berusia lima bulan.

Menarik: 12 Jam Masih Tak Rasa Nak Beranak, Raja Ilya Resah Tunggu Detik Bersalin!

MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!

Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply