Subur Tanaman KUNYIT Kebun Tepi Rumah, 5 Bulan Tanam Tuai Hasil 17kg!

Subur Tanaman KUNYIT Kebun Tepi Rumah, 5 Bulan Tanam Tuai Hasil 17kg! Nak tanam pokok kunyit perlu tahu tip dan penjagaan yang betul, barulah hasilnya subur merimbun dan menjadi. Walaupun hanya tanam di tepi laman rumah, namun boleh tuai hasil yang banyak. Malah boleh dijadikan pendapatan sampingan pula.

Perkongsian tanaman pokok kunyit subur yang dikongsikan oleh Awan Awan ini boleh dijadikan panduan bagi yang berminat untuk tanam sendiri di laman rumah.

Kali nih saya kongsikan hasil tanaman kunyit di kebun tepi rumah.Sekejap jer masa berlalu dah dapat hasilnya. Agak berbaloi jugak lah. Alhamdulillah mula tanam bulan 5 yang lepas. 5 bulan berlalu dapat 17kg kunyit.

Saya tanam suka-suka je buat isi masa-masa lapang waktu-waktu petang. Tau-tau berhasil banyaknya.

Tip Penjagaan Pokok Kunyit

  1. Tanah tempat saya asalnya keras/liat, saya buat batas buat campuran bahan dari tandan sawit bakar. Bagi saya tanah berpasir lagi ok. Contoh macam tepi-tepi sungai berpasir, cantik kalau tanam kunyit.

2. Tanah berpasir memang sesuai untuk cepat berisi, macam ubi dan kunyit sesuai sangat.

3. Kunyit elok tanam tempat terbuka, direct matahari. Siram 2kali sehari pagi dan petang. Perhatikan tempat saya tanam, terbuka dan lapang.

4. Tak boleh pakai tanah organik 100 peratus, kena buat campuran dengan tanah bukit juga. Agak-agak 50%-50%.

5. Saya tanam pecahan anak dari induk. Contoh pecahan yang nak ditanam selepas diambil isi.

6. Saya buat batas, siram pagi dan petang. Baja 15,15,15 sebulan sekali untuk subur kan pokok. Buat batas sebelum tanam dengan campuran bahan lain fungsi untuk kekalkan tanah gembur. Macam saya pakai campuran tandan sawit bakar.

7. Bila induk pokok mula mati, pokok tua dan daun mengering dan tak keluar daun baru dan pucuk baru masa nih lah boleh tuai. Kalau tak tuai Anak-anak dia tetap tumbuh silih berganti, tapi isi iduk tu akan membusuk/buruk.

8. Harga isi kunyit jual kepada pemborong RM3 sekilo. Kalau musim raya daun pon boleh jual, harga melambung.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:Hasil 6 Bulan Tanam KUNYIT Dalam Tayar, Bersusun Isi Puas Hati Berbaloi!
Baca Lagi Di Sini:3 Kegunaan Serbuk Kunyit Untuk Tujuan Berkebun Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Menarik: Tanam Kunyit Macam Ni Bawah Teduhan, Daun Jadi Lebar Dan Tak Kuning

IMPIANA: Nak cuba tanam pokok kunyit di rumah, boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Memang subur dan berbaloi hasilnya. 5 bulan dah boleh tuai hasil.

Sumber: Awan-Awan

Follow kami di WEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply