Qi Razali Dah Bertunang, Mula Kenal Wanita Itu Setahun Yang Lepas

Selebriti, Qi Razali mendedahkan sudah bergelar tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.

Namun dia enggan mendedahkan identiti wanita tersebut, Qi atau Qushairi Mohammed Razali Wong, 47, berkata dia mula mengenali wanita berusia 28 tahun itu sejak setahun lalu.

“Sebenarnya saya dah merisik dan bertunang pada Hari Raya Aidilfitri lalu. Sekarang dalam fasa beli barang majlis kahwin. Insya-Allah tahun depan.

“Dia orang industri tapi bukan di depan kamera. Nanti dah tiba masa saya akan beritahu,” katanya lagi.

Qi ditemui dalam majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Babah yang berlangsung di Petaling Jaya pada Isnin.

Ini Waktu Untuk Lengkapkan Fasa Hidup

Tambah pelakon ini lagi, dia merasakan ini adalah waktu terbaik untuk membina keluarga sekaligus melengkapkan fasa hidup.

“Mana mungkin seseorang itu hidup sendiri selama-lamanya. Fasa menjadi suami dan bapa sahaja yang melengkapi kitaran hidup saya sekarang ini.

“Saya berjumpa dengan wanita yang membuatkan saya gembira tanpa paksaan,” ujarnya.

Mahu Lupakan Kisah Lama

Meskipun pernah beberapa kali gagal dalam hubungan cinta, Qi berkata dia tidak pernah menjadikan itu sebagai alasan untuk berputus asa mencari teman hidup.

Qi perlu memastikan diri betul-betul bersedia sebelum kembali serius menerima seseorang.

“Saya tidak pernah meletakkan diri saya sebagai belum bersedia.

“Kalau sudah keluar dalam hubungan ini saya kena pastikan betul-betul tidak lagi terbawa tentang kisah lama.

“Selepas itu dengan semula jadi kita akan jumpa semula dengan orang yang kita selesa,” jelasnya.

Nampak seolah-olah bertemu jodohnya kali ini, apa pun semoga Qi Razali cepat-cepat naik pelamin dengan bakal isterinya.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply