Atiq Azman Selamat Jadi Tunangan Orang, Usaha Baiki Diri Sebelum Tukar Status

Sampai seru untuk tukar status, pelakon lelaki, Raja Muhammaf Atiqullah Raja Azman Shah selamat mengikat tali pertunangan pada malam Sabtu lalu bersama gadis pilihan hatinya, Alia Natasha.

Atiq Azman Selamat Jadi Tunangan Orang

Tampil sedondon dalam persalinan berona ungu lilac, majlis pertunangan Atiq dan Alia itu telah dilangsungkan di Seremban, Negeri Sembilan.

Kongsi Atiq selepas majlis tersebut, keluarga kedua-dua belah pihak telah pun memilih tarikh pernikahan sekitar tahun 2025. Namun buat masa ini, Atiq merasakan lebih molek untuknya merahsiakan perkara tersebut.

Detik Perkenalan Tunangan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pesona Pengantin (@pesonapengantin)

Nampak serasi dan sesuai jadi pasangan hidup, Atiq dan Alia berkongsi kisah perkenalan sebelum jadi tunangan.

Atiq yang mula dikenali dek penangan fenomena drama Nur yang disiarkan di saluran TV3 tidak lama dahulu berkata, dirinya akan mengambil tempoh masa kurang dari setahun ini untuk mempersiapkan diri sebelum bergelar seorang suami.

Mahu Baiki Diri Sendiri Sebelum Jadi Suami Orang

Biarpun umum mengetahui Atiq mempunyai latar belakang pendidikan dalam aliran keagamaan sewaktu di bangku sekolah, Atiq merasakan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki olehnya untuk melangkah ke fasa alam rumah tangga.

“Seperti pasangan lain, kami akan menggunakan tempoh ini untuk melakukan persiapan majlis. Tetapi bagi saya sendiri, saya akan mengambil masa ini untuk memperbaiki diri.

“Perangai lama saya kenalah diubah sebab kita hendak bergelar seorang suami dan perlu bertanggung jawab terhadap isteri nanti. Tak boleh nak seronok-seronok macam dulu. Kena fikir dahulu akibat kepada setiap perbuatan kita.

“Saya pun perlu belajar tentang cara menguruskan diri dari segi menjadi seorang yang adil, penyabar dan bijak menguruskan soal kewangan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Atiq menyifatkan sekarang adalah waktu yang tepat untuknya bergelar seorang suami. Tampil lebih matang berbanding dahulu, Atiq enggan memberi terlalu banyak tekanan terhadap dirinya dan pasangan dalam melakukan persiapan perkahwinan.

Sebaliknya, adalah lebih baik menurutnya untuk mengambil langkah satu-persatu agar segalanya berjalan secara lancar.

FOTO: Atiq Azman


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply