Terbaru, kesungguhan lima pelajar dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) melantunkan ucapan pada pertandingan Student Voice English Speech Competition 2024 berbaloi apabila membawa pulang dua anugerah.
Pertandingan pusingan akhir tersebut berlangsung di Shanghai, China dari 11 hingga 14 Oktober lalu, lima pelajar STAR yang diiring seorang guru mendapat penajaan penuh oleh Petronas China dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Malaysia di Beijing, Kedutaan Malaysia di China dan The Shanghai Family.
Dalam pada itu, pasukan STAR yang membawakan tema Transform Into Green, Thrive With Dream, mereka merangkul dua anugerah utama iaitu Pasukan Penyampai Terbaik (Kategori Senior) dan Hadiah Guru Pengiring Terbaik.
Selain itu, lebih menarik perhatian, pelajar yang mewakili negara menggayakan busana kebangsaan iaitu baju Melayu turut meraih perhatian masyarakat China, sekaligus mempromosikan budaya Melayu di negara tembok besar itu.
Sementara itu, guru pengiring, Muhamad Habil Azman berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan penajaan dan peluang yang diberikan kepada pelajarnya dalam pertandingan tersebut.
Menurutnya lagi, kelima-lima pelajarnya itu tidak mahu melepaskan peluang dan berjaya membuktikan selain bertanding, STAR juga mampu mengetengahkan budaya Malaysia di mata dunia.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.