Sedap! Resipi Ketti Urundai @ Kuih Bebola Keras, Snek Istimewa Sempena Deepavali

Pernah cuba Ketti Urundai @ Kuih Bebola Keras? Resipi yang dikongsi Puan Moganavallay Nagarajan ini, boleh dikatakan snek atau kuih yang sedap dan dihidang ketika perayaan Deepavali. Sempena Deepavali yang bakal menjelma, RASA kongsikan resipi Ketti Urundai yang mudah yang boleh anda cuba. Jom kita buat!

RESIPI KETTI URUNDAI @ KUIH BEBOLA KERAS YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
2kg kacang hijau – beli online disini
1kg kacang tanah – beli online disini
1 cawan dhal kacang kuda yang sudah digoreng (yang mentah pun boleh)
1 cawan beras – beli online disini
*Sangai kesemua bahan berasingan dan biar ia sejuk

CARA MEMASAK:
1. Kisar kasar kacang hijau pertama kali dan buang kulit. Selepas tu kisar sekali lagi sehingga 90% halus.
2. Buang kulit kacang tanah dan kisar kasar.
3. Kemudian, kisat beras sehingga 90% halus.
4. Gaul sama semua bahan (tinggalkan sedikit tepung beras untuk guna kemudian) dalam satu bekas bersama kacang dhal kuda. Ketepikan dahulu.
5. Masak sira gula merah.

BAHAN SIRA GULA MERAH:
1 ½ kg gula merah – beli online disini
1 sudu serbuk pelaga
1 sudu serbuk halia kering – beli online disini
Secubit garam

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan sira gula merah yang masih panas dalam adunan. Gaul cepat-cepat dan buat bebola sederhana besar.
2. Jaga-jaga tau, kita cuma boleh buat bebola semasa sira gula merah masih panas. Selepas sudah buat bebola, golek-golekkan bebolanya dalam tepung beras yang diasingkan tadi.
3. Kena pandai agak masa untuk buat bebola ni (untuk senangkan proses ini, biar ada pembantu)
4. Ulang proses ini hingga habis. Siap.

*Untuk 2kg kacang hijau, dapat lebih kurang 100 biji Kuih Keras/Ketti Urundai.

Kredit resipi: Moganavallay Nagarajan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Muruku Homemade Paling Mudah. Sesuai Buat Sempena Deepavali

10 Resipi ‘Indian Food’ Sedap & Mudah Boleh Masak Sempena Deepavali

Muruku Kacang Peas, Snek Istimewa Sempena Deepavali

Sedap & Mudah. Puan Selvi Kongsi Resipi Muruku Istimewa Sempena Deepavali

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Comments

Leave a Reply