Ina Naim Sahkan Nikah 8 November Ini, “Tak Heboh Tentang Majlis, Hormat Perasaan Mak, Ayah”

Ina Naim sahkan nikah 8 November ini, “Tak heboh tentang majlis, hormat perasaan mak, ayah.” Kisah perkahwinan kali kedua Ina hangat diperkatakan ramai namun dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.

Ina Naim Sahkan Nikah 8 November Ini

Terbaru, memetik Harian Metro, Ina Naim, 40, mengesahkan bakal bernikah dengan duda anak dua berusia 41 tahun pada 8 November ini.

Ina yang juga balu penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad menjelaskan tidak berniat merahsiakan berita pernikahan dan majlis dianjurkan secara kecil-kecilan membabitkan keluarga terdekat.

“Tak Heboh Tentang Majlis, Hormat Perasaan Mak, Ayah”

“Saya memilih tidak menghebohkan majlis ini bagi menghormati perasaan emak dan abah.

“Majlis kami hanya dibuat kecil-kecilan. Jadi, makanan sangat terhad. Bukan kedekut tetapi ini adalah perkahwinan kedua saya.

“Jadi, saya tidak merancang buat secara besar-besaran dan sekiranya makanan tidak cukup, bimbang boleh timbulkan fitnah pula.

“Nanti kasihan pula emak dan abah jadi bualan orang,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Ina didakwa bakal bernikah dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Mohd K, pada 8 November depan.

Kisah perkahwinan kali kedua Ina itu hangat diperkatakan ramai dalam media sosial sejak beberapa minggu lalu, namun, dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.

Berkongsi mengenai bakal suaminya, Ina berkata, jejaka itu adalah peminat Allahyarham suaminya.

Ina mendakwa mula mengenali lelaki itu selepas Aidilfitri lalu.

“Bakal suami berusia 41 tahun dan betul dia duda anak dua. Dia sudah lama mengidolakan keluarga kami dan cara arwah Suhaimi mengajar anak-anak.

“Dia memulakan langkah dengan menghantar mesej melalui WhatsApp kepada saya. Pada mulanya, saya tidak layan, tetapi selepas dia tidak berputus asa mencuba, akhirnya saya sambut salam perkenalan.

“Bakal suami adalah bekas tenaga pengajar di Giat Mara. Niatnya berkahwin dengan saya kerana mahu mengumpul pahala menjaga anak yatim dan membela nasib ibu tunggal,” katanya.

Ditanya penerimaan anak-anak , kata Ina, anak-anak faham dan terima kehadiran bakal bapa tiri dengan terbuka.

“Alhamdulillah, mereka terima. Saya jelaskan kepada anak-anak kenapa saya perlu berkahwin semula.

“Saya nampak bakal suami pun ikhlas menyayangi anak-anak saya. Dia juga mahu menjadi seperti arwah suami, hendak mengajar anak-anak kerana bakal suami memiliki latar belakang dalam bidang kejuruteraan,” katanya.

Ina berkata, selain anak-anak, dia meminta pandangan ibu bapa serta adik-beradik Allahyarham suaminya mengenai keputusan untuk berkahwin.

“Mereka tak menghalang. Adik-beradik arwah beri galakan kerana mereka tahu bukan mudah untuk saya membesarkan anak seorang diri.

“Sekurang-kurangnya adalah seseorang yang dapat bantu saya membimbing anak-anak,” katanya.

Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Md Naim berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007.

Namun, Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, Ina dan arwah suami dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Buka Kedai Dobi, Ina Naim Tunai Hasrat Arwah Suami

Ina Naim Kongsi SS Tinggalkan “Harta” 7 Helai Baju & Selipar, Mesin Basuh Ada Tapi Arwah Sedekah Pada Jiran

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

 

 


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply