Spesifikasi Penuh SYM VF185

Dalam acara VIETNAM MOTOR SHOW 2024 (VMS 2024) , SYM sebuah jenama motosikal dari Taiwan, telah memperkenalkan model terbaru mereka, VF185.

Pengenalan model ini di VMS 2024 bukan sahaja mendapat respon positif di Vietnam, malahan pengguna SYM VF3I di Malaysia juga turut teruja dengan pengenalan model ini.

Persoalan yang pasti akan keluar daripada mulut pemilik SYM di Malaysia, adakah model ini akan menembusi pasaran Malaysia nanti?

Rekaan yang  Agresif

VF185 telah menarik perhatian ramai pengunjung dengan rekaan yang garang dan sporty.

Reka bentuk bahagian depan motosikal ini merupakan gabungan antara Honda Airblade 160 dan Honda RSX.

Lampu hadapan yang mirip dengan Airblade dipecahkan kepada tiga bahagian.

Dua lampu rendah di sisi dan satu lampu tinggi di tengah, memberikan rupa yang unik dan fungsional.

Kredit Foto : Facebook Minh Long Motor

Terdapat juga lampu posisi LED yang memberi sentuhan moden dan lebih tajam.

Badan motosikal ini mempunyai rekaan yang aerodinamik dengan bahagian belakang yang tirus, menambah ciri sporty.

Kredit Foto : Facebook Minh Long Motor

Ciri-ciri Menarik VF185

Antara ciri yang menonjol pada VF185 ialah panel meter yang memberikan kesan futuristik.

Panel ini mempunyai tiga bahagian utama: meter digital besar untuk kelajuan dan indikator minyak, meter kecil di bahagian atas untuk lampu isyarat dan lampu utama, serta meter analog untuk RPM.

Kredit Foto : Webiste lifestyle.znews.vn

Reka bentuk ini membezakan VF185 dengan model lain di pasaran, memberi gabungan antara gaya moden dan tradisional.

Dari segi kelengkapan, VF185 dilengkapi dengan sistem smart key, lampu LED sepenuhnya, serta sistem suspensi yang terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan monoshock di belakang.

Kredit Foto : Facebook Minh Long Motor

Untuk keselamatan, motosikal ini juga dilengkapi dengan brek cakera di kedua-dua roda dan sistem ABS berkembar, memberikan keyakinan lebih kepada penunggang dalam situasi brek kecemasan.

Baca Juga : Tunggang Uji: SYM Husky 150

Prestasi Enjin dan Spesifikasi

VF185 hadir dengan enjin berkapasiti 183cc yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 18.2 hp dan tork maksimum 16.1 Nm pada 7500 RPM.

Dilengkapi dengan transmisi 6 kelajuan, kuasa enjin ini sedikit lebih tinggi berbanding pesaingnya dari jenama Jepun, menjadikannya pilihan yang menarik untuk mereka yang mencari motosikal berprestasi dalam segmen ini.

Kredit Foto : Facebook Minh Long Motor

Motosikal ini juga didatangkan dengan rim bersaiz 17 inci, tayar hadapan berukuran 90/80-17 dan tayar belakang 120/70-17.

Kredit Foto : Facebook Minh Long Motor

Kapasiti tangki minyak yang besar, 7 liter, juga membolehkan perjalanan lebih jauh tanpa perlu kerap berhenti untuk mengisi minyak.

Pelancaran di Pasaran Vietnam

Buat masa ini, SYM belum mengumumkan secara rasmi bila SYM VF185 akan dilancarkan di Vietnam atau negara-negara lain di Asia Tenggara.

Kredit Foto : Facebook Minh Long Motor

Dengan reka bentuk yang agresif, SYM VF185 mungkin menjadi pesaing kuat sekiranya ia dilancarkan secara rasmi.

Pada pendapat anda pula bagaimana? adakah design ni cukup garang?

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply