10 Tanaman Renek Berbunga Sesuai Cuaca Malaysia, Tahan Panas Dan Cuaca Kering

Malaysia dikenali dengan cuaca tropika yang panas dan lembap, tetapi ada juga musim kering yang mempengaruhi keadaan tanaman.

Bagi mereka yang ingin menghias halaman rumah dengan tanaman yang mudah dijaga dan tahan terhadap cuaca panas serta kering, berikut adalah sepuluh tanaman renek berbunga yang ideal:

1. Bunga butang (Gomphrena globosa)
Di gelar bunga butang disebabkan oleh bentuknya yang bulat seperti butang. Terdapat dalam beberapa warna pilihan antaranya yang paling diminati adalah ungu, pink dan putih. Mudah dibiakkan mulai biji benihnya yang terdapat di dalam kuntuman bunga.

2. Balong ayam (Celosia argentea)
Dari kelaurga yang sama dengan bunga butang, Balong ayam mempunyai warna-warna yang lebih terang seperti merah, kuning dan oren. Balong ayam juga mempunyai ahli keluarga yang lain seperti pokok kucing. Cara pembiakkanya juga melalui biji benih yang diambil dari bunga yang telah kering

3. Bunga pentas (Pentas lanceolata)
Tanaman renek ini mempunyai bunga berbentuk bintang yang tumbuh dalam bentuk gugusan yang besar. Warna merah adalah antara rona yang kerap menjadi pilihan. Untuk memastikan ia sentiasa berbunga dan merimbun, lakukan cantasan di bahagian hujung daun. Jika tidak lakukan cantasan, tumbuhan renek ini akan naik tinggi lebih satu meter dan sukar berbunga.

4. Bunga tahi ayam (Lantana camara)
Walaupun namanya bunga tahi ayam, baunya tidak lah sebusuk yang digamabrkan. tanaman yang berasal dari belukar ini amat digemari oleh serangga penghisap madu seperti rama-rama. Walaupun dalam satu gugusan yang kecil, ia mempunyai 2-3 warna yang berbeza. Perlu kerap lakukan cantasan untuk mengawal tumbesaran tanaman di samping menggalakkan penghasilan bunga yang optimum

5. Ros jepun (Portulaca spp.)
Tumbuhan jenis menjalar ini mempunyai batang yang menyimpan air. Terdapat lebih daripada 20 spesis portulaca di dunia dan ada diantaranya mempunyai khasiat terutamanya untuk kulit. Terdapat pelbagai rona yang ceria, Ros jepun mudah dibiakkan melalui keratan batang.

6. Alamanda (Allamanda spp.)
Alamanda mempunyai bunga yang berbentuk terompet berwarna kuning. Getahnya mempunyai khasiat terhadap kesihatan namun pada dos yang terentu. Dahulunya, ia kerap dipilih sebagai tanaman pagaran kerana warnanya yang terang. Mudah dibiakkan melalui keratan batang dan sesuai untuk semua jenis tanah.

7. Marigold (Tagetes patula)
Bunga yang kerap digunakan bagi tujuan keagamaan terutamanya hindu. Walaupun baunya kurang menarik, warna oren nya melambangkan kemewahan. Di dapati merigold mempunyai kandungan yang digeruni serangga seperti nyamuk dan serangga prosak. Oleh itu, tanaman berbunga renek ini menjadi pilihan sebagai tanaman untuk kawalan serangga biologi di kebun yang mengamalkan cara tanaamn organik

8. Bunga satay (Angelonia biflora)
Bagi anda yang ingin rasa laman ala-ala luar negara, tanaman ini antara yang sesuai membangkitkan tema tersebut. Kerap lakukan cantasan setiap eklai selesai berbunga untuk menggalakkan pertumbuhan bunga yang baru. Selain itu juga, tanaman ini amat mudah dibiakkan dari keratan batang walaupun kelihatan batangnya macam tak sesuai. Nak tahu caranya [klik sini] 

9. Bungas kertas (Bougainvillea spp.)
Ramai akui, tanaman ini antara tumbuhan renek berbunga yang paling mudah di jaga dan tahan panas. Namun, tidak semua mampu menghasilkan bunga yang lebat. Nak tahu cara untuk hasilkan pokok bunga kertas berbunga lebat [klik sini] 

10. Bunga cape (Plumbago capensis)
Tanaman renek jenis bushy ini mempunyai bentuk bunga seperti hydrangea. Rona yang berwarna biru memberi kelainan dan tekstur di laman anda. Untuk pastikan tanaman renek ini sentiasa menghasilkan bunga setiap hari, lakukan deadheading (potong bahagian yang selesai berbunga). Selain itu juga, pemangkasan perlu dilakukan kerap untuk mengawal pertumbuhan tanaman. jika tidak ia menjadi terlalu merimbun dan semak.

IMPIANA: Cantik tanaman berbunga renek ni dan senang jaga!

Baca Lagi Di Sini: Baja Chitosan Dari Kulit Udang Jadikan Tanaman Immun Serangan Kulat
Mesti Baca: KOMPILASI TIP Buat Sendiri BAJA ORGANIK Mudah Guna Bahan Dapur
Artikel Menarik: KULIT TELUR + CUKA Berkesan Atasi Masalah Bunga/Buah Gugur Sebelum Masanya! 

Follow kami diWEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply