Anggur ‘Shine Muscat’ Didakwa Ada Bahan Kimia Bahaya!

Anggur jenis ‘Shine Muscat’ menjadi popular di kalangan pencinta buah-buahan di Malaysia kerana rasanya yang manis, kulitnya yang nipis, dan isinya yang berjus.

Namun, baru-baru ini ada laporan bahawa buah anggur ‘Shine Muscat’  yang merupakan varieti anggur tanpa biji yang berasal dari Jepun ini mengandungi bahan kimia berbahaya telah mencetuskan kebimbangan di kalangan pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN : Remaja Pengsan & Hampir Maut Dipercayai Termakan Biskut Beracun

Laporan daripada Thai PBS mengatakan anggur Shine Muscat yang diimport dari China didapati mengandungi banyak bahan kimia berbahaya, termasuk chlorpyrifos.

Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) memberi amaran berhubung pencemaran anggur Shine Muscat, selepas mendapati kebanyakan sampel yang dikumpulnya mengandungi sisa kimia berbahaya melebihi paras maksimum yang dibenarkan.

 

Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TCC) menggesa Kementerian Kesihatan Awam untuk mengambil tindakan segera, termasuk mengarahkan pengimport dan pengedar untuk melabel negara asal anggur Shine Muscat yang diimport.

Apakah Risiko Kesihatan?

Penggunaan bahan kimia yang tidak diselia dengan betul boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuk alahan, gangguan perut, dan masalah kesihatan jangka panjang seperti kerosakan hati atau buah pinggang. Untuk sesetengah orang, terutama kanak-kanak dan orang tua yang mempunyai sistem imun yang lebih lemah, kesan pendedahan ini mungkin lebih serius.

Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah:

  • Alahan kulit atau mulut
  • Kerosakan sel hati
  • Masalah pencernaan
  • Risiko jangka panjang seperti kerosakan organ utama

Sehubungan dengan itu Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada agensi berkaitan termasuk MARDI untuk membuat pengesahan.

Sekiranya benar anggur berkenaan mempunyai kandungan sebagaimana yang didakwa, pihaknya akan membuat pengumuman dan tindakan susulan akan diambil.

Jadi, ada cara mudah untuk menikmati buah-buahan dengan lebih selamat  iaitu menggunakan baking soda! 

1. Campurkan larutan baking soda: Ambil 1 sudu besar baking soda dan campurkan dengan semangkuk air (sekitar 1 liter).

2. Rendam buah-buahan selama 10–15 minit: Rendam buah-buahan seperti anggur, epal, atau sayuran. Baking soda akan bekerja untuk memecahkan sisa racun perosak.

3. Bilas bersih: Selepas rendaman, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan kesan baking soda. Kini, buah anda lebih bersih dan selamat dimakan!

Baking soda berfungsi dengan memecahkan molekul racun perosak. Ini lebih efektif berbanding air garam, yang hanya membersihkan permukaan tanpa tindak balas kimia. Nikmati buah-buahan dengan lebih yakin, dan jadikan langkah ini sebahagian daripada rutin anda.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Sinar Harian , Public Health

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply