Pakai toner adalah satu rutin kecantikan yang patut anda buat, kesannya boleh bantu buat kulit lembap dan glowing tanpa masalah jeragat.
Namun mungkin ada yang tidak pernah tahu ada tiga kaedah pakai toner yang anda boleh amalkan.
Menurut saudari Joce, ini antara metode yang dia selalu buat bila pakai toner.
1. Apply toner dengan tangan
Buat anda yang nak cepat, boleh terus sapu guna tangan. Selepas cuci muka boleh pakai toner dengan cara tepuk-tepuk sahaja di wajah.
2. Apply toner dengan kapas
Jika nak kulit wajah lebih bersih, boleh guna kapas. Ini biasanya kalau anda guna mekap sebelum itu. Jadi guna kapas adalah lebih praktikal.
3. Metode CSM (Chizu Saeki Method)
Metode ini untuk melembapkan kulit secara maksimum, jadi lekatkan sahaja di bahagian muka yang anda rasa kering.
Begitulah antara cara pakai toner yang sangat bagus untuk kulit wajah. Nanti boleh biasakan ikut keperluan kulit anda.
Selamat mencuba!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.