Picit Jerawat & Cabut Bulu Hidung Penyebab STROK. Bahaya Tapi Ramai Buat!

Jika selama ini anda suka mencabut bulu hidung atau memicit jerawat di sekitar segi tiga muka, baik anda hentikan tabiat itu bermula hari ini!

Tidak dinafikan jerawat dan bulu hidung mencacatkan penampilan, namun tabiat ini dianggap sebagai kawasan segi tiga yang sangat bahaya.

Menurut doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.

Asian man got an Acne, pinch acne, 4k, --ar 16:9 --style raw --s 50

Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. “Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.

Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok.

Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.

Asian man pluck nose hairs, 4k, --ar 16:9 --style raw --s 50

Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.

Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.

Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides.

Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria. 

PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung.  Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril.

Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.

Artikel diambil dan diolah dari RAPI.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Kredit: Public Health Malaysia


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply