7 Tahun Dalam Perkahwinan Ramai Diuji, Ketahui Teori ‘Seven-Itch’

Orang kata 7 tahun dalam perkahwinan akan ada ujian datang menyinggah. Kalau cuba teliti pasangan artis yang memilih berpisah pun, kebanyakan pada fasa nombor 7.

Betul ke berkait? Apabila diperhatikan, ujian rumah tangga yang dipanggil sebagai teori Seven-Itch Marriage ini kian menjadi persoalan dan seolah-olah berkait. Jemput baca perkongsian Puan Hafizah Wanasan sejenak.

The Seven Year Itch In Marriage:

Fazura-Fattah : 7 tahun
Erra-Engku Emran : 7 tahun
Hafidz Roshdi-Shu : 7 tahun
Nora-Nedim : 7 tahun
Nad zainal-Faliq : 7 tahun

Masa study di Australia dulu, ada seorang kawan mat salleh, masa itu ada hari Pasar Malam Malaysia, aku jual roti jala, dia mai beli sambil sembang tentang 7 years Itch. Dia ada sebut tentang ni. Time itu aku buat modal sembang je even aku tak mengerti sangat.

Apa itu Seven Year Itch In Marriage/or any relationship?

Dalam perkahwinan, bila ada konflik, masing- masing dah malas nak bertekak. Let go, biar diri disibukkan dengan hal anak anak, rutin harian, dan kerjaya..malas nak ambil port perasaan dan keperluan pasangan. Dah tak bergaduh, bila ada isu diam. Kalau cuba nak luahkan or discuss, jadi lagi complicated atau bergaduh. Solution, pilih untuk mengelak atau diam.

Masing-masing dalam dunia masing masing. Lama lama, rasa bole survive or lebih happy without each other. Then, here it comes. 7 years itch. 7 years mark. Dia bukan 7 tahun je. 7 tahun ke atas pun sama. Make it or Break It.

Kehidupan kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa?

-7x 1= 7

Kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Belum kenal dosa pahala. Belum berfikir tentang masa depan.

-7 x 2=14

Di belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata. Mudah terkesan dengan rakan sebaya. Ingin berlumba dalam pelajaran dan kemahiran supaya tidak tercorot.

-7 x 3=21

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

-7 x 4= 28

Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.

-7 x 5= 35

Tahap penting untuk membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

-7 x6=42

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin meningkat. Ini bukan lagi masa untuk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba mengumpul harta.

-7 x 7=49

Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

-7 x 8= 56

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

-7 x 9= 63

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad SAW. Banyak yang berakhir di usia ini. Jika ada pun yang sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus. Sedarlah sebelum tertiarap.

NOMBOR 7 BANYAK DISEBUT DALAM ISLAM

Info:

1.Nombor 7 banyak kali disebut di dalam Al-Quran dan juga agama lain.

2.Neraka Jahanam tersebut kemudian disiapkan dari 7 pintu. Sebagaimana firman-Nya dalam Surat Al-Hijr ayat 44: “Neraka Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Setiap pintu telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari mereka.

3.Surah An-Naba ayat 12 dan Al-Hijr ayat 16.”Allah yang menciptakan 7 langit dan menciptakan bumi juga serupa”. (QS Ath-Thalaq:12). Dan ditambahkan kepadanya 7 lautan lagi setelah keringnya”. (QS Luqman:27)

4.Amalan di dalam ibadat haji mengambil bilangan tujuh seperti tawaf tujuh kali pusingan Kaabah melawan jam.s Sa’i berjalan antara bukit Safa dan Marwa adalah di dalam bilangan tujuh. Tidak ketinggalan juga ketika melontar jumrah yang dilakukan dengan batu kerikil juga dalam bilangan tujuh.

5.Syurga juga disebut di tujuh tempat di dalam al-Quran iaitu di dalam surah al-Baqarah: 29, al-Isra’: 44, al-Mu’minun: 86-87, Fussilat: 12, al-Talaq: 12, al-Mulk: 3 dan Nuh: 15-16.

6.Di dalam surah Nuh: 15-16,“Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat. Dan, Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang benderang).

Teman-teman, perkongsian ini BUKAN bertujuan untuk memuja nombor 7, bukan untuk menganggap nombor ini membawa tuah, dan tidak sedikitpun bukan untuk taksub, nombor ekor atau ajaran sesat. Ia sebagai ingatan bahawa Al-Quran tidak boleh diubah sesuka hati dan menjadi panduan umat islam.

Ambillah pengajaran yang baik baik mengenai kitaran hidup manusia. Jangan terlalu tertekan dengan kegagalan, kesilapan dan kekurangan diri kita . Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Life is short.

Semoga semua kita berjaya mendapat Husnul Khatimah.Wallahua’lam.

 

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply