Bila sudah berkahwin, kena tahu tugas jadi isteri tak akan pernah habis. Akan selalu ada dan sepatutnya suami pun kena bantu sama.
Tugas Bila Jadi Isteri Tak Pernah Habis
Nak-nak zaman sekarang, keduanya masing-masing kena sama-sama cari duit. Kalau dulu isteri duduk rumah, suami keluar bekerja. Sekarang sama-sama keluar bekerja. Logiknya, penat pun sama banyak.
Tetapi bila balik rumah, si isteri ni, tudung pun tak sempat nak buka. Dah terus ke dapur. Ambil beras masukkan dalam rice cooker.
Buka peti ais, keluarkan ikan dan rendam. Ambil sayur dan segala bagai terus potong untuk masak.
Dalam masa yang sama, isteri pergi ke bilik dan kumpulkan baju-baju masam dalam raga dan terus sumbatkan dalam mesin basuh. Bubuh sabun, tekan suis dan terus ke dapur semula.
Tumis bawang, goreng lauk dan sebagainya.
Suami mana? Terlentang atas sofa main handphone.
Anak mana? Terlentang depan TV layan drama Korea.
Tunggu makanan dah hidang, barulah semua bangun.
Hari-hari macam ni.
Orang Rumah Bukan Bibik
Hello guys! Isteri dan ibu itu bukan orang gaji. Dia bukan robot. Tak reti kesian kat orang ke?
Hangpa, lepas makan. Pinggan sebiji pun tak reti nak basuh. Main letak dalam sinki macam itu saja. Boleh patah tulang gamaknya.
Sampah kat dapur pun hangpa tak boleh nak tolong buang. Bila isteri bising, kata kuat berleter.
Sama-samalah tolong. Tak payah kena suruh. Ada otak fikirlah. Seorang isteri dan ibu ni, Allah memang bagi dia kuat. Cuma kita kena faham yang dia pun reti penat sama macam kita dan dia pun boleh sakit.
Satu saja nak pesan, jangan tunggu sampai dia sakit dan tak mampu buat apa-apa dah. Masa itu kita akan menyesal.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.