SHAH ALAM – Pembangkang perlu membentangkan belanjawan bayangan sendiri dan bukan hanya bercakap kosong tanpa ada cadangan lain.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, beliau tidak menafikan menyediakan belanjawan adalah tanggungjawab kerajaan.
“Betul, tetapi bila nak semak imbang sepatutnya tunjuk dekat kita ada cadangan yang lebih baik bukan hentam tetapi tiada cadangan lain.
“Melainkan memang pihak Perikatan Nasional (PN) tidak ada alternatif maka kekallah dengan mentaliti begini. Ingin kekal jadi pembangkang kosong selamanya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti pembangkang tidak perlu membentangkan belanjawan bayangan.
Jelasnya, pihak yang ingin melihat belanjawan itu perlu menunggu sehingga PN mengambil alih kerajaan.
Dalam pada itu, Muhammad Akmal memaklumkan, rakyat layak menilai belanjawan alternatif diberikan pembangkang supaya dapat menilai mana yang lebih baik.
“Lemah! Rakyat memerhati dan rakyat menilai,” ujarnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.