Sedikit hampa kalau berat makin naik bulan puasa sebab kebanyakan kita mestilah mahu merasa saiz badan yang lebih kecil sedikit berbanding sebelum Ramadan.
Hah, jika hal ini berlaku, mungkin ada kesilapan dalam tabiat dan corak pemakanan anda ambil semasa berpuasa.
Berat Makin Naik Bulan Puasa
Pakar perubatan Hospital Abdi Waluyo, Indonesia iaitu Dr Yuhana Fitra berkata, agak ramai yang biasanya ‘membalas dendam’ selepas tidak makan atau minum sepanjang hari ketika berpuasa.
Akibatnya, mereka makan segala yang terhidang, sama ada makanan bergoreng, minuman manis dan macam-macam menu lagi dalam kuantiti yang banyak.
Tambah Dr Yuhana, agak ramai juga yang ‘gila’ dan segera mengambil karbohidrat dalam kuantiti yang banyak ketika berbuka.
Apa Yang Anda Patut Buat
Dr Yuhana mengesyorkan agar kita mengambil makanan berkhasiat, seimbang dan mengelakkan makanan yang tinggi karbohidrat.
Kalau anda ingin mengambil karbohidrat, perlu makan makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, seperti beras perang dan gandum.
Ambil protein, seperti tauhu, tempe dan daging serta makanan yang mengandungi lemak sihat seperti salmon, avocado dan minyak zaitun.
“Jangan lupa tentang serat sayuran, tambah cecair. Kadang-kadang kita minum teh atau kopi manis.
“Sebaik-baiknya elakkan kafein supaya cecair yang diambil adalah air bagi menggantikan cecair badan yang hilang pada siang hari.
“Jika mengambil makanan seimbang nutrisi, ini akan mengambil masa lebih lama untuk diproses, rasa kenyang akan bertahan lebih lama supaya kita lebih cenderung untuk kurang makan,” ujarnya lagi.
Jadi pilihan di tangan anda, mahu maintain berat, naikkan lagi atau turunkan sedikit untuk rasa selesa untuk bergerak.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.