Pros & Cons Guna MESIN BASUH Jenis Front Loader

Mesin basuh di pasaran ada dua jenis, iaitu ‘front loader’ dan ‘top loader’. Jika nak beli mesin basuh kena tahu jenis, fungsi, kapasiti muatan, kelebihan dan kekurangannya dahulu. Bukan sekadar cantik dipandang dan tangkap muat je.

Jika merancang nak beli Mesin Basuh jenis Front Loader baca perkongsian pengalaman daripada Puan Bella Bahari ini sebagai panduan.

MESIN BASUH FRONT LOADER – Pros & Cons

“Saya dulu tinggal di UK hampir 7 tahun, jadi memang biasa sangat guna front loader ni (UK hanya guna front loader untuk jimat space/takde basah-basah). Now kat Malaysia masih guna front loader sejak 2 tahun lepas sebab kawasan yard sempit.”

Pros:

1. Jimat space, boleh stack dengan dryer. Kalau taknak stack pun, atas machine masih boleh letak barang.
2. Jimat air. Front loader guna kurang separuh daripada air biasa untuk top loader.
3. Boleh adjust temperature. Contoh nak basuh baju cotton, atau yang nak disinfect sampai 60°C, ada yg lebih.
4. Nampak mahal. Kah!

Cons:

1. Average masa basuh baju lagi lama daripada top loader. (Saya rasa biasa je, tapi ni salesperson cakap)
2. Kena guna specific detergent. Kadang depa panggil HE (high efficiency) detergent. Pastikan tulis LOW SUD (buih sikit). Since front loader guna air sikit, buih kena sikit, kalau tak buih melekat dalam machine so machine cepat rosak, atau baju tak bersih sebab tak bilas betul-betul/tak cukup air bila buih banyak sangat.
3. Capacity selalunya limited. Average front loader 7-9kg. Ada yang sampai 14kg, tapi harga pun mungkin mencanak.
4. Harga average front loader lagi mahal daripada top loader.
5. Jenis detergent limited. So far saya jumpa Top, Persil & Breeze biru sahaja.
6. Harga detergent lagi mahal daripada biasa. Tapii since guna detergent sikit je (1 scoop je, sebab HE detergent cleaning power hebat, and nak elakkan buih banyak), so total usage mungkin lagi jimat.
7. Perasaan saya baju lagi senang kepam, walaupun sidai open air/bawah matahari. Compared to top loader. Tak tau la saya je ke, atau humidity Malaysia ni membuatkan basuh baju air sikit jadi senang kepam. Kat UK ok je. (UK negara sejuk & kering, Malaysia kategori panas & lembap). Tapi ni perasaan saya je kot.
8. Front loader takleh masuk baju dah once dah start running, kalau idok air dia melimpah. Top loader dah jalan separuh masa pun boleh tambah baju lagi.

Kesimpulan:

Saya still prefer top loader, sebab rasa lagi bersih/baju lagi fresh/ kapasiti besar boleh basuh duvet. Tapiiiii faktor space membuatkan saya ambik front loader.

** Nota kaki:

– Nak stack washer/dryer kena guna bracket. Gambar ni tak sama sebab kontraktor tak pandai align. Kami dah alih bagi sama.
– Saya hanya pernah guna brand Electrolux, so tak boleh komen brand lain.
– Isu kepam: Detergent Top kurang sikit tahap kekepaman, cuma anak kami kulit sensitif jadi hanya boleh guna Persil. Dan kami tak guna softener langsung sebab again, anak kulit sensitif. Satu lagi, saya sangat sensitif dengan bau-bau. Suami cakap takde masalah kepam ke apa. Tapi saya memang particular bab-bab laundry fresh ni.

*** Kalau ada yang pernah guna front loader ni share la kat bawah, untuk panduan orang lain juga. ***

Selamat memilih!

Baca lagi disini:Cara Paling Berkesan Untuk Cuci Mesin Basuh, Modal Tak Sampai RM5.00 Pun!
Artikel Menarik:Tip Untuk Menjaga Mesin Basuh Supaya Jangka Hayat Tahan Lebih Lama
Mesti Baca: Air Mesin Basuh Masuk Perlahan, Baiki Sendiri Modal Tak Sampai RM30

IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang berhasrat nak beli mesin basuh baju jenis ‘front loader’.

Sumber: Bella Bahari

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Comments

Leave a Reply