Nak wajah cantik tanpa mekap? Ini 5 langkah atasi kulit kusam dan cara untuk dapatkan kulit yang sihat dan glowing tanpa makan supplement.
Menurut Puan Amyra, jenis kulitnya kombinasi. Selalu berminyak berlebihan dan nampak kusam tetapi selepas konsisten dengan produk dan ikut jadual pakai set penjagaan wajah yang betul, kulitnya lebih sihat dan tidak lagi kusam.
Jom tengok produk apa yang dia gunakan setiap pagi dan malam.
5 Langkah Atasi Kulit Kusam
Jangan skip skincare routine siang dan malam. Set penjagaan wajah perlu dipandang dan tak boleh ditinggalkan.
Produk yang Dipakai:
Cleanser – Wardah/Deserve
Toner – Miguhara/One Thing
Serum – One Thing
Moisturiser – Mentholatum Acnes/Miguhara
Sunscreen – Wauwa Sunscreen
Lip care – Nivea/one Thing
Owh ya, Exfoliate muka 1 atau 2 kali seminggu. Bergantung pada keperluan kulit. Biasanya cukup exfoliate seminggu sekali.
Tujuan exfoliate adalah untuk membuang sel kulit mati dari permukaan kulit muka.
Produk yang diguna:
Bio Essence Bio-Renew Royal Jelly Exfoliating Gel
Micellar Water pula bukan sekadar untuk remove makeup tetapi lebih dari itu. Boleh pakai Micellar Water pink setiap pagi bila bangun tidur, sebelum cuci muka guna pencuci muka dan pakai Micellar Water yang anda suka untuk remove makeup juga. (double cleansing).
Produk yang diguna:
Garnier Micellar Cleansing Water 6 in 1 (Pink bottle)
Jangan lupa face mask. Pakai dan pilih face mask yang
bersesuaian dengan kulit. Pakai face mask at least 2-3 kali
seminggu. Atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Kalau nak pakai setiap hari pun boleh cuma untuk kulit berjerawat acne prone skin kena avoid pakai mask everyday.
Produk yang diguna:
Miguhara, Hada Labo, Bio Essence & Watson Mask
Pakai clay mask/smoothing mask sekurang-kurangnya seminggu sekali. Terlalu banyak faedah bila pakai clay mask untuk kulit.
Produk yang diguna:
Clearing Peel-0ff Clay Mask- Freeman
Marine Smoothing 5D Mask – SUB Beauty
Jadi, kalau anda nak bebas mekap dan kulit glowing tanpa perlu makan supplement, boleh lah kukuhkan basic skincare dulu ya!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.