Porsche Kolaborasi bersama La Marzocco Hasilkan Mesin Espresso Edisi Terhad

Mesin Espresso Edisi Khas

Porsche sekali lagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam dunia gaya hidup mewah dengan memperkenalkan mesin espresso edisi terhad hasil kerjasama bersama pengeluar mesin kopi Itali terkenal, La Marzocco. 

Model istimewa ini, Linea Micra portafilter, hanya akan dikeluarkan sebanyak 911 unit – satu penghormatan kepada ikon Porsche, 911. 

Mesin espresso ini hadir dengan dua reka bentuk unik – Slate Grey Neo, warna asal Porsche dan reka bentuk Martini Racing yang terkenal. Sebuah penghormatan kepada kerjasama lama Porsche dengan Martini Racing. 

Reka bentuk Martini Racing ini diinspirasikan oleh 911 Carrera RSR. Kereta yang pernah memenangi perlumbaan endurance Targa Florio yang ikonik di Sicily pada tahun 1973.

Kredit - Porsche Newsroom
Kredit – Porsche Newsroom

Menurut Deniz Keskin

Pengarah Pengurusan Jenama dan Perkongsian di Porsche AG. “Porsche dan La Marzocco mempunyai misi yang sama – kedua-duanya mengutamakan reka bentuk eksklusif, kualiti tinggi, dan nilai warisan. 

Kami disatukan oleh perhatian yang teliti terhadap perincian, dan dengan kolaborasi ini, kami ingin menyatukan peminat kedua-dua jenama ini.” 

Chris Salierno 

Ketua Pegawai Pemasaran di La Marzocco pula menambah. “Sejak 1927, La Marzocco telah menjadi peneraju teknologi dalam mesin espresso. Kami menyatukan kraf tangan tradisional dengan teknologi inovatif dan reka bentuk yang unik, sama seperti Porsche. 

Edisi khas Linea Micra ini ditujukan untuk peminat espresso dan semua yang mengimpikan gaya hidup eksklusif.”

Kredit - Porsche Newsroom
Kredit – Porsche Newsroom

Inspirasi Reka Bentuk dari Kereta Sport Porsche

Mesin espresso kompak ini penuh dengan elemen rekaan yang diinspirasikan oleh kereta sport ikonik Porsche. Sebagai contoh, pemutar stim dan air panasnya mirip dengan tombol mode pemanduan Porsche. 

Sementara dulang titisan magnetik dan pemanas cawan menggunakan skema warna Porsche 911 GT3 dengan Touring Package. 

Malah, tolok tekanan analognya diilhamkan oleh meter kelajuan Porsche. Aluminium anodised digunakan pada pemegang putar serta pemegang portafilter. Manakala skru soket heksagon diwarnakan hitam untuk sentuhan elegan.

Edisi terhad mesin espresso ini telah dipersembahkan pada 21 Oktober 2024 di beberapa acara berprestij. Termasuk Soho Farmhouse di London, pop-up kafe di Los Angeles, dan Shanghai Coffee Festival beberapa hari kemudian. 

Bagi penggemar yang ingin memilikinya, mesin ini boleh didapati di pusat Porsche, kedai dalam talian Porsche, dan kedai-kedai Porsche Design. Turut ditawarkan adalah pengisar kopi elektrik La Marzocco serta cawan espresso dan cappuccino yang sesuai dengan tema.

Kredit - Porsche Newsroom
Kredit – Porsche Newsroom

Mengenai La Marzocco Linea Micra

Linea Micra menggabungkan teknologi canggih dengan reka bentuk abadi. Mesin ini kompak, mempunyai masa pemanasan yang pantas dan mudah digunakan. Membolehkan pengguna menikmati espresso sempurna dalam hanya beberapa langkah. 

Sebagai model dwi-boiler, ia dilengkapi dengan dua boiler keluli tahan karat yang membolehkan kawalan suhu pembuatan dan tekanan stim secara berasingan. Tangki airnya mudah diisi dengan kapasiti dua liter, dan mesin ini juga boleh dihubungkan terus kepada paip air untuk kemudahan tambahan. 

Bagi yang gemar susu berbuih, terdapat juga steam wand terbina dalam untuk hasil sempurna setiap kali. Aplikasi La Marzocco Home pula memudahkan pengguna dengan fungsi pengatur masa yang boleh diprogram, video tutorial, dan pelbagai kemudahan lain.

Kerjasama ini bukan sahaja meraikan tradisi kraf tangan dan inovasi, tetapi juga menyatukan dua jenama yang berkongsi minat terhadap kesempurnaan dalam gaya hidup eksklusif.

Dari Porsche Newsroom

Baca Juga Porsche Taycan E-xperience – Menguji Taycan Baharu di Jalan Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply