Rose Blackpink Obses Dengan Daun Ketumbar, Cadang Buka Kebun & CAFE Ketumbar

Mungkin ramai yang suka dan mungkin tidak dengan daun ketumbar ini kerana baunya.

Namun, figura terkenal K-Pop, Rosé BLACKPINK Rose akui setiap hidangannya mesti akan disertakan dengan daun ketumbar malah akan berasa makanannya tidak lengkap tanpa sayuran ini.

Malah ikon kpop ini memasang impian untuk memiliki kebun menanam pokok ketumbar jika dia sudah tidak aktif sebagai penyanyi suatu hari nanti.

“Impian saya dalam hidup selepas pencen sebagai penyanyi adalah membuka kebun pokok ketumbar.

Rose Blackpink Rose Blackpink

“Saya obses dengan ketumbar dan rasa tak lengkap kalau tiada sayuran itu dalam makanan. Jadi apa salahnya kalau saya komersialkannya,” katanya.

Sebelum ini, dalam satu perkongsian sebuah video, Rose yang memasak nasi goreng kimchi menambah daun ketumbar dalam masakan tersebut.

Tidak hanya mempunyai kebun sendiri, Rose turut bercadang membuka sebuah kafe yang berasaskan pokok ketumbar sebagai menu utama.

“Saya akan mengupah cef terkenal untuk membuat menu berasaskan ketumbar dan kafe itu akan dibuka dalam kebuh saya yang diberi nama The Cilantro Farm,” ujarnya.

10 Khasiat Daun Ketumbar 

Nama daun ini sangat unik iaitu daun Ketumbar. nama saintifiknya ialah Coriandrum Sativum adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Apiacea.

Bahkan apabila dikaji, rupa-rupanya khasiat daun ini bukanlah sekadar dalam masakan sahaja tetapi kepada kesihatan tubuh badan juga.

daun ketumbar daun ketumbar

1. Bersifat hipoglisemik

Satu kajian telah dijalankan ke atas haiwan diabetik untuk mengkaji kesan ketumbar ke atas pengawalan gula di dalam darah. Kajian ini mendapatii bahawa pengambilan daun ketumbar ke dalam diet haiwan tersebut dapat mengelakkan kejadian hiperglisemia. Hal ini kerana ianya meningkatkan penghasilan insulin dan meningkatkan pengangkutan glukosa ke dalam sel.

2. Merawat pembengkakkan

Di dalam ketumbar, terdapat satu komponen yang bernama cineole yang mampu untuk merawat bengkak pada badan yang disebabkan oleh masalah ginjal. Hal ini kerana komponen di dalamnya membantu untuk menyingkirkan air yang berlebihan di dalam badan.

3. Bersifat diuretik

Kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak ketumbar ke atas aktiviti diuretik haiwan. Kajian mendapati bahawa pengambilan ekstrak ketumbar meningkat jumlah pengeluaran air kencing haiwan. Oleh itu, ketumbar dilihat berpotensi dijadikan sebagai rawatan kepada tekanan darah tinggi.

4. Membantu sistem penghadaman

Antara khasiat lain ketumbar adalah dapat merangsang penghasilan jus dan enzim yang diperlukan oleh badan untuk proses penghadaman. Hal ini dapat menggalakkan proses penghadaman makanan dan proses peristalsis dan membantu mereka yang mempunyai masalah penghadaman.

5. Meningkatkan selera

Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan pengambilan ekstrak ketumbar ke atas selera haiwan tersebut. Kajian mendapati bahawa kumpulan haiwan yang mengambil ekstrak ketumbar menunjukkan pengambilan tenaga yang lebih tinggi berbanding kumpulan haiwan yang tidak mengambil ekstrak ketumbar.

6. Mencegah cirit-birit.

Antara salah satu punca kepada terjadinya cirit birit adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria. Ketumbar dapat merawat masalah ini kerana terdapatnya komponen cinoele, borneol, limonene, alpha-pinene, dan beta phelandrene yang mempunyai sifat anti bakteria.

7. Merawat ulser mulut

Salah satu komponen di dalam ketumbar yang dapat merawat ulser mulut ialah citronelol. Citronelol adalah sejenis komponen yang terdapat minyak pati ketumbar yang bersifat antiseptik. Sifat antimikrob nya juga membantu dalam penyembuhan ulser mulut dis amping menyegarkan nafas.

8. Bersifat anti inflamasi

Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji komponen yang terdapat di dalam biji ketumbar. Kajian ini mendapati bahawa ekstak hexane dan metalonik biji ketumbar dapat menghalang perkembangan sel kanser kanser perut, prostat, kolon, payu dara, dan paru-paru.

9. Mengawal paras kolesterol

Kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengkaji kesan pengambilan biji ketumbar ke atas metabolisma lemak di kalangan haiwan yang diberi makan dengan diet tinggi lemak dan tambahan kolesterol.

Kajian mendapati bahawa pemberian biji ketumbar telah memberi kesan hipolipidemia (penurunan paras kolesterol). Biji ketumbar dilihat mampu menurunkan paras kolesterol tidak baik seperti LDL dan VLDL dan meningkatkan paras kolesterol baik, HDL.

10. Meningkatkan ingatan

Kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengkaji kesan pengambilan daun ketumbar k atas fungsi kognitif. Kajian ini mendapati bahawa terdapat peningkatan ingatan dikalangan haiwan yang masih muda dan yang sudah berusia.

Konklusinya, ketumbar mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan selain digunakan di dalam masakan. Namun, kebanyakkan dari kajian-kajian yang dijalankan di atas dilakukan ke atas haiwan dan keberkesanannya masih belum dikaji ke atas manusia. Namun begitu, ianya memberi gambaran akan potensi pohon ketumbar untuk kegunaan yang bertujuan kesihatan.

IMPIANA: Menarik juga idea dan perancangan Rose nak buka ladang dan cafe ketumbar!

Baca Lagi Di Sini: Baja Chitosan Dari Kulit Udang Jadikan Tanaman Immun Serangan Kulat
Mesti Baca: KOMPILASI TIP Buat Sendiri BAJA ORGANIK Mudah Guna Bahan Dapur
Artikel Menarik: KULIT TELUR + CUKA Berkesan Atasi Masalah Bunga/Buah Gugur Sebelum Masanya! 

Follow kami diWEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply