Sayang Kucing Biar Bertempat, Jangan Bela Hingga Susahkan Jiran Tetangga!

Tak salah membela kucing, tetapi biarlah dijaga dengan baik dan rapi. Biasakan kucing peliharaan membuang di tempat sepatutnya, jangan di rumah jiran.

Kita nak buat baik sekalipun jangan sampai menambah dosa tanpa disedari. Hati jiran juga perlu dijaga. Jangan sampai jiran sakit hati seterusnya lapor pada pihak berkuasa.

Kucing Memang Kesayangan Nabi

Keletah kucing yang jinak dan manja membuatkan kucing menjadi haiwan peliharaan yang disukai penduduk negara ini. Namun tidak dinafikan, ada segelintir pemiliknya mengambil mudah perihal najis kucing membuatkan jiran dan penduduk berdekatan geram.

kucing kucing

Mungkin ada di antara kita berhadapan situasi kediaman menjadi lokasi sasaran kucing ‘membuang hajat.’ Selain kotor, bau kuat yang terhasil menyebabkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk sekitar.

Penyayang Biar Bertempat

Tidak dinafikan ada yang menyatakan serba salah apabila teguran tidak diambil cakna para pemiliknya dalam menguruskan najis haiwan peliharaan mereka.

Malah ia terus berulang menyebabkan kehidupan seharian terganggu. Situasi yang sama dilalui pengguna TikTok Abidah Mohd Noor di mana pekarangan rumahnya menjadi tumpuan kucing membuang hajat.

“Kucing memang kesayangan nabi. pastikan kucing anda tidak membuang di laman jiran,” titip Abidah pada ruangan kapsyen.

“Tahi kucing. Satu, dua, sampai tiga longgok. Bela kucing menyusahkan jiran,” tutur Abidah menerusi rakaman video ketika membersihkan halaman.

Jangan Bela

Menurutnya, beliau tidak membenci haiwan itu tetapi tidak tahan dengan keadaan yang telah dilaluinya selama 20 tahun lalu.

Warga maya memberikan pelbagai reaksi. Malah ramai turut menyokong pendirian Abidah. Ujar mereka:

“Tidak salah membela kucing tetapi jangan sampai menyusahkan jiran.”

“Stress bila ada tahi kucing. Lebih geram bila tayar menggilisnya, habis lantai di anjung.”

“Saya memilih kurung dalam sangkar dan bersihkn setiap hari. Perlu tahu adab berjiran.”

“Bela kucing pelu sediakn pasir kucing untuk berak. Ajar si meow berak dalam pasirnya itu.”

Hingga Susahkan Jiran

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah berkongsi Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut,

‘Sekiranya pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, maka mereka boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.

Dalam Seksyen 81 akta sama pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu.

Oleh itu, menurutnya seseorang berhak untuk melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika merasakan haiwan yang dibela jirannya telah mengganggu ketenteraman.

Hukuman denda yang dikenakan boleh mencecah sehingga RM1,000.

IMPIANA : Hidup berjiran ini kena saling hormat-menghormati. Jika ada jiran menegur pasal kucing kalian, cuba minta maaf dan ambil inisiatif agar perkara yang sama tak berulang lagi.

ARTIKEL DIAMBIL DAN DIOLAH DARI KASHOORGA

Sumber : Sinar Plus

Baca Lagi Di Sini: Baja Chitosan Dari Kulit Udang Jadikan Tanaman Immun Serangan Kulat
Mesti Baca: KOMPILASI TIP Buat Sendiri BAJA ORGANIK Mudah Guna Bahan Dapur
Artikel Menarik: KULIT TELUR + CUKA Berkesan Atasi Masalah Bunga/Buah Gugur Sebelum Masanya! 

Follow kami diWEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply