“Comelnya, Macam Rizqa” Sambut Kelahiran 11 Ramadan, Rizman Timang Anak Kedua!

Tahniah diucapkan buat pereka fesyen terkenal dan pengasas bersama jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin yang selamat menimang cahaya mata kedua selepas isterinya selamat melahirkan anak perempuan kedua mereka.

Rizman mengumumkan perkhabaran gembira itu menerusi laman Instagramnya semalam. Bukan itu sahaja, bahkan bapa penyayang ini juga turut mendedahkan wajah serta nama puteri keduanya.

“Bismillahirahmanirahhim dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang pemilik sekian alam.

“Alhamdulillah, 11 Ramadan, telah lahir puteri kedua kami yang dinanti, PRINCESS RAINAA,” tulisnya menerusi kapsyen.

Melalui entri yang sama juga, Rizman turut berkongsi makna pilihannya dan isteri, Rainaa yang turut membawa maksud yang indah dan baik.

Meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga, Rizman turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya dipermudahkan malah menjadi anak yang solehah dan baik budi pekertinya kelak.

“RAINAA: Beautiful princess, Night, Peaceful, Queen.

“Semoga Rainaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi. Amin amin ya rabbalalamin,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan memuji wajah comel Rainaa yang saling tak tumpah seperti kakaknya.

Terdahulu, Rizman dan isteri, Nurida Suraya mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019. Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan, Rizqaa.

Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply