Satu Minggu di Medan Indonesia, Wanita Ini Hangus RM540 Sahaja

Percutian di Medan, Indonesia dengan bajet cuma RM540 sahaja. Ini cukup menarik dan sesuai jika anda nak melihat tempat orang dengan bajet yang tak banyak.

Satu Minggu di Medan Indonesia

Menurut perkongsian saudari Hilmiyah, dia berada di sini selama 7 hari dan cukup berpuas hati dengan kenangan yang dicipta. Jom kita tengok, di mana lokasi menarik apabila sampai Medan…

Hari Pertama

Kebun Teh Sidamanik

Tiba di Airport [KNO], makan tengah hari, terus ke Pemandian Alam Bah Dimanik, perjalanan lebih kurang 3 jam. Ada bayaran parkir, bayaran masuk /orang.

Kebun Teh Sidamanik, dekat sahaja dengan stop pertama tadi. Ada bayaran parkir sahaja.

Panorama View Parapat, ini sehala sahaja untuk ke Pelabuhan untuk ke Pulau Samosir. Yang ni sekadar stop di bahu jalan untuk tengok view. Nanti boleh tengok replika ikan emas, kisah dongeng Danau Toba.

Jembatan Tano Ponggol

Naik feri ke Pulau Samosir, bawa kereta skali. Tiket boleh dibeli terus di kaunter disana.

Check in hotel.

Hari Kedua

Huta Siallagan

Huta Siallagan, ini kawasan desa tradisional Batak, boleh tahu sejarah dia, boleh bayar guide disana untuk ceritakan sejarah. Ada jual souvenirs juga kalau nak.

Pulau Tulas View, sangat cantik ya view kat sini. Tapi jalan agak mencabar. Nasib baik dapat Supir yang baik dan berani.

Jembatan Tano Ponggol

Jembatan Tano Ponggol, view cantik, dan boleh singgah untuk bergambar.

Hari Ketiga

Air Terjun 7 Rasa atau nama lain dia Pemandian Aek Sipitu Dai. Memang air terjun dia rasa lain lah. Boleh je bawa botol dan bawa balik kalau nak bagi orang lain rasa. Yang ni kena hiking sikit. Kitorang tak boleh nak telan air dia.

Bukit Holbung, view sangat cantik ya. Boleh nampak Danau Toba yang luas. Yang ni pun kena hiking sikit. Boleh dikatakan beginner friendly. Nak camping pun boleh. Plan asal kitorang nak camping puncak ni, tapi hujan dan owner untuk sewa tenda tu busy sebab masatu Indonesia nak sambut hari kemerdekaan dia.

Belakang hotel di Danau Toba

Efrata Waterfall, boleh tengok air terjun. Perjalanan menuju ke sini cantik ya.

Bergerak ke Pelabuhan untuk keluar dari Pulau Samosir.

Naik feri lagi sekali, tiket boleh dibeli terus di kaunter seusai tiba.

Di jeti tu boleh beli souvenirs juga, harga quite ok juga.

Menuju ke kawasan Berastagi.

Check in Hotel.

Hari Keempat

Gunung Sibayak

Gunung Sibayak, yang ini kena hiking. Bawa jaket tebal juga kalau jenis tak tahan sejuk sebab kat atas nanti sejuk dan berangin. Kitorang pergi waktu tu lepas hujan, berlecak habis. Nasib baik naik 1hari selepas hari Kemerdekaan dorang. Kalau tak, memang macet kat atas.

Kalau tak tahan bau sulfur, boleh bawa mask juga.

Sarune Coffee & Eatery, ni tak nampak sangat view Sinabung. tapi depan tu boleh ber-OOTD

Sarune Coffee & Eatery, boleh makan hipster selepas 4 hari makan Ayam Penyet je, sambil tengok view Gunung Sinabung. Ada macam kebun bunga kecil juga untuk ber-OOTD.

Pasar Buah Berastagi, boleh beli buah-buahan atau souvenirs macam tshirt pun ada juga kat sini, harga pun not bad lah.

Hari Kelima

Puncak Tangke Tebu, tengok view cantik, ada kawasan camping juga kalau korang nak camping sini.

Bertolak balik ke Medan.

Kami dengan Supir sampai disini sahaja. Lepas dia drop di hotel, kitorang jalan kaki/ naik grab untuk jalan-jalan.

Puncak Tangke Tebu

Jalan jalan sekitar bandar Medan, cari makan, souvenirs kalau ada.

Hari Keenam

Istana Maimun, dalam ni boleh shopping souvenirs juga, dapat tengok persembahan kalau ada, boleh bergambar.

Masjid Raya, dekat je dengan Istana Maimun, boleh jalan kaki je.

Pajak Ikan Medan, sini kalau nak shopping telekung atau kain batik, sangat banyak. Kitorang tak sempat nak usha sebab ada orang duk ikut promote jualan dorang. Dorang akan bawa plastik dan ikut korang, sebab dorang takde kedai.

Shopping Eiger, ni benda wajib.

Hari Ketujuh

Keluar cari makan pagi dan habiskan sisa duit IDR untuk kali terakhir.

Checkout hotel dan gerak ke stesen keretapi Medan untuk naik train terus ke Airport. Tiket kitorang beli kat sana terus. Ada timing dia.

Nota:

1. Digalakkan untuk hire supir atas faktor:
• keadaan jalan ke tempat-tempat wisata.
• cara pemanduan mereka disana.

2. Kos yang ditulis sudah termasuk:
• Accomodations untuk 4 orang + supir
• Kereta + Supir
• Minyak kereta, Tol, & Feri
• Parking
• Bayaran masuk untuk ke wisata untuk 4 orang + supir (ada yang supir ikut masuk, ada yang supir tunggu di luar)
• Makan, minum, & jajan supir.

3. Kos tidak termasuk duit makan & shopping persendirian.

4. Carilah supir yang ok sebab kebanyakan jalan dia rosak.

5. Untuk parkir Sibayak, boleh parkir sampai entrance di pintu gerbang Sibayak. laluan dia agak scary, tapi masih boleh naik dengan kereta.

Jadi jika anda ada plan nak bercuti ke Medan di Indonesia tahun ini, boleh senaraikan semua tempat menarik ini awal-awal. Senang nak bergerak dan tuju tempat best!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply