Kalau makan di restoren mamak atau nasi kandar, kobis goreng ini mesti ada. Warnanya agak kekuningan, berbeza daripada kobis goreng yang biasa kita masak di rumah.
Kubis goreng mamak ini memang ngam sangat makan dengan kari, jadi jika hidangan menu kari elok jika masak sekali sayur ini.
Cara buat kobis goreng mamak
Bahan-bahan
1 sdt biji sawi
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5 tangkai cili kering
1 tangkai daun kari
1 biji (500 g) kubis
1 batang lobak merah
1 sdt serbuk kunyit
Sedikit air
Cara memasak
1. Hiris bahan-bahan yang bertanda.
2. Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan biji sawi, bawang yang telah dihiris, cili kering dan daun kari. Tumis sehingga layu & keperangan.
3. Masukkan pula kubis, lobak merah & serbuk kunyit. Gaul rata.
4. Tambah sedikit air jika sayur terlalu kering. Perasakan dengan garam. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Noor Ashikin Saerah
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.