MG5 Malaysia Berbeza dengan Unit Diuji ANCAP – Penjelasan MG Malaysia

Dunia automotif tempatan dikejutkan dengan berita model sedan baharu, MG5. Mendapat sifar bintang dalam ujian keselamatan Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP) untuk tahun 2023. 

Ini pastinya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pembeli yang tertarik dengan model tersebut.

Namun, Ketua Pemasaran SAIC Motor Malaysia, Phang Rick Kee, segera tampil memberikan penjelasan. Dalam satu sesi pandu uji media MG5, beliau menjelaskan bahawa unit MG5 yang diuji oleh ANCAP adalah berbeza dengan unit yang dipasarkan di Malaysia. 

Menurutnya, unit yang diuji di Australia adalah versi Complete Build-Up (CBU) yang diimport terus dari China. Malah, ia adalah varian asas yang datang tanpa beberapa ciri keselamatan penting, seperti pre-tensioner pada tali pinggang keledar.

Kredit - Internet
Kredit – Internet

Di Malaysia, 

MG5 yang dipasarkan diimport daripada Thailand, dan semua unit yang dijual di sini telah dilengkapi dengan pre-tensioner, menambah aspek keselamatan. Selain itu, model yang dipasarkan di Malaysia juga menerima enam beg udara keselamatan, menjadikannya lebih selamat.

Antara ciri teknologi yang disertakan dalam model MG5 Malaysia termasuklah sistem MG Pilot, yang merangkumi beberapa fungsi keselamatan pintar seperti:

  • Pengesanan Titik Buta (Blind Spot Detection, BSD)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (Rear Collision Warning, RCW)
  • Bantuan Pertukaran Lorong (Lane Change Assist, LCA)
  • Kawalan Brek Semasa Membelok (Cornering Brake Control, CBC)
  • Amaran Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert, RCTA)
  • Program Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Program, ESP)

Dengan segala ciri ini, jelas bahawa unit yang dipasarkan di Malaysia telah menerima penambahbaikan berbanding versi yang diuji di Australia. Phang juga menegaskan bahawa versi Malaysia bukan sahaja dilengkapi dengan lebih banyak ciri keselamatan tetapi juga lebih relevan untuk pasaran tempatan.

Kredit - Internet
Kredit – Internet

Harga dan Tawaran Istimewa MG5 Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, MG5 ditawarkan dalam satu varian sahaja, dengan harga permulaan RM93,900 (tidak termasuk insurans). 

Namun, buat masa ini, MG Malaysia menawarkan rebat RM7,000 sebagai promosi pengenalan, menjadikan harganya lebih menarik iaitu RM86,900.

Dengan harga yang kompetitif dan ciri-ciri keselamatan yang mantap, MG5 Malaysia jelas tampil sebagai pilihan yang menarik untuk pembeli kereta sedan di pasaran tempatan. 

Tambahan pula, dengan adanya penjelasan dari pihak MG Malaysia mengenai perbezaan unit antara pasaran Malaysia dan Australia. Ia seharusnya memberi keyakinan kepada pembeli yang mungkin ragu-ragu dengan hasil ujian ANCAP tersebut.

Secara keseluruhannya, MG5 menawarkan kombinasi yang menarik dari segi harga, ciri keselamatan, dan teknologi. Menjadikannya model yang patut dipertimbangkan oleh mereka yang mencari sedan moden dengan nilai yang baik.

Dari Careta

Baca Juga MG Motor Lancar Model Hatchback Elektrik Ke Pasaran Malaysia – MG4

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply