Cuaca panas dan kering yang sedang melanda segelintir lokasi di Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang juga telah meraih perhatian masyarakat. Boleh dikatakan ramai juga yang mengeluh akibat suhu yang agak tinggi sejak dua tiga hari ini.
Cuaca panas ini juga boleh sebabkan sakit kepala. Merujuk laman Hello Doktor, ini adalah satu simptom biasa yang sering dialami kebanyakan individu terutamanya ketika berdepan dengan tekanan. Bagaimanapun, bukan semua sakit kepala adalah kesakitan biasa.
cuaca panas
TINDAK BALAS BADAN TERHADAP HABA
Menurut Healthline, jika sakit kepala atau migrain yang dialami berkaitan dengan pendedahan haba panas, seseorang mungkin mengalami simptom seperti berikut:
1.Rasa berdenyut pada bahagian kepala.
2.Keletihan.
3.Sensitif kepada cahaya.
4.Dehidrasi.
Bagaimanapun, mereka yang mengalami kelesuan akibat cuaca terik akan mengalami gejala yang lebih teruk iaitu:
1.Pening.
2.Kekejangan atau kekejangan otot.
3.Loya.
4.Pengsan.
5.Dahaga melampau.
Oleh yang demikian, mereka yang mengalami sakit kepala perlu berehat daripada melakukan aktiviti bagi mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk, demikian menurut Verywell Health.
Beberapa langkah dikongsikan laman web tersebut untuk mengurangkan simptom sakit kepala. Antaranya:
1.Mencari tempat untuk menyejukkan badan dan berehat.
2.Minum air untuk penghidratan.
3.Ambil ubat seperti ibuprofen atau acetaminophen.
Verywell Health turut mengesyorkan supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya gejala yang dialami tidak berkurang atau menjadi lebih teruk.
“Segera dapatkan bantuan di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami muntah dan perubahan fungsi saraf atau berasa keliru,” tambahnya.
Secara kesimpulannya, cuaca panas memang boleh mencetuskan penyakit yang berbahaya.
Jadi, berwaspadalah. Jangan terdedah terlalu lama di luar dan pastikan minum air secukupnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Kereta Dimasuki Air Dan Tenggelam Akibat Banjir, Ini Perlu Dilakukan
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.