Jaguh Muay Thai tanah air, Johan Ghazali tampil mendedahkan dia ditawarkan wang berjumlah RM200,000 daripada seorang wanita yang menggelar dirinya sebagai ‘mami’.
Tanpa mendedahkan lebih lanjut motif wanita itu menawarkan wang berkenaan, remaja berusia 18 tahun itu berkongsi tangkap layar mesej yang diterimanya pada 4 Julai lalu di Instastory miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Johan Ghazali Kacak Berbaju Melayu Di Sesi Media Antarabangsa! – “Sampai Ke US Pakai Baju Melayu…”
“Hi, Johan mami nak bayar you 200k (RM200,000),” tulis wanita terbabit.
Bagaimanapun, Johan hanya membalas mesej berkenaan baru-baru ini, dipercayai pada Selasa sambil memberikan nombor akaun bank miliknya.
Tanpa menyangka dia sebenarnya sudah mendedahkan nombor akaun peribadi kepada lebih 418,000 pengikut di Instagram, Johan akhirnya berdepan satu lagi ‘masalah’.
ARTIKEL BERKAITAN: Mentaliti Johan Ghazali Jadi Aset Terpenting, Tidak Semua Atlet Ada – “Nama Saya Sendiri Bermaksud Johan..” – REMAJA
Sejak daripada itu, akaun bank Bintang Muda Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship berkenaan dihujani dengan transaksi daripada orang ramai.
Rata-ratanya cuba bergurau dengan ada dalam kalangan mereka melakukan transaksi serendah satu sen.
Berdasarkan tangkap layar dikongsikan Johan, jumlah paling tinggi yang diterimanya adalah daripada seorang lelaki iaitu sebanyak RM345.67.
Enggan membiarkan gurauan itu berterusan, Johan kemudiannya meminta agar orang ramai berhenti memberikan wang kepadanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Jojo
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.