Panaskan Enjin Kereta Sebelum Mula Perjalanan, Masih Relevan Dengan Kereta Moden?

MEMANASKAN enjin kereta masih menjadi kebiasaan yang dilakukan sebelum memulakan perjalanan terutamanya pada waktu pagi. Namun, adakah ia benar-benar perlu, atau adakah ia hanya mitos lama yang tidak lagi relevan dengan teknologi kereta moden hari ini?

Mari kita kupas isu ini untuk mengetahui sama ada memanaskan enjin kereta masih relevan atau tidak.

Amalan Yang Diamalkan Sekian Lama

Amalan memanaskan enjin bermula sejak era penggunaan enjin karburetor, di mana kereta memerlukan sedikit masa untuk mencapai suhu operasi yang ideal sebelum ia boleh berfungsi dengan baik.

Kredit Foto : Website britannica Kredit Foto : Website britannica

Enjin karburetor beroperasi dengan campuran bahan api dan udara yang memerlukan penyesuaian suhu untuk prestasi optimum.

Oleh itu, memanaskan enjin pada waktu pagi atau selepas lama tidak digunakan dianggap perlu bagi memastikan enjin berjalan lancar dan mengelakkan masalah mekanikal.

Kaitan Kereta Moden dan Memanaskan Enjin Kereta

Dengan perkembangan teknologi automotif, kebanyakan kereta moden kini dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api elektronik yang jauh lebih cekap dan pintar.

Sistem ini dapat mengawal campuran bahan api dan udara secara automatik mengikut suhu enjin, yang bermaksud kereta moden tidak lagi memerlukan masa pemanasan yang lama seperti kereta yang masih menggunakan sistem karburator.

Menurut pakar automotif, memanaskan enjin kereta moden untuk tempoh yang lama sebenarnya tidak diperlukan.

Sebaliknya, yang lebih penting ialah memulakan perjalanan dengan perlahan untuk beberapa kilometer pertama.

Kredit Foto : Website aa1car Kredit Foto : Website aa1car

Ini membolehkan minyak enjin melincirkan bahagian-bahagian dalam enjin dengan baik dan mengelakkan kerosakan akibat geseran yang berlebihan.

Enjin kereta moden mencapai suhu operasi optimum lebih cepat apabila ia bergerak berbanding ketika ia dibiarkan statik.

Implikasi Memanaskan Enjin Terlalu Lama

Memanaskan enjin terlalu lama sebenarnya boleh memberi kesan negatif kepada kereta dan persekitaran.

Enjin yang dibiarkan statik dalam keadaan hidup tanpa bergerak akan membazirkan bahan api dan menghasilkan pelepasan gas  yang lebih tinggi.

Ini bukan sahaja tidak baik untuk persekitaran, tetapi juga meningkatkan penggunaan bahan api yang tidak perlu.

Selain itu, situasi ini juga boleh menyebabkan enapan karbon terbentuk pada injap dan piston.

Situasi ini boleh membawa kepada masalah jangka panjang seperti penurunan prestasi enjin dan peningkatan kos penyelenggaraan.

Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa panaskan enjin untuk kereta moden dalam tempoh yang lama tidak lagi diperlukan seperti dahulu.

Amalan yang lebih baik adalah memulakan perjalanan secara perlahan dan biarkan enjin mencapai suhu operasinya secara semula jadi semasa pergerakan.

Ini bukan sahaja lebih mesra alam, tetapi juga dapat mengurangkan penggunaan bahan api dan mengelakkan kerosakan enjin yang tidak perlu.

Namun, sekiranya anda memandu kereta yang lebih lama atau berkarburetor, memanaskan enjin selama beberapa minit masih boleh membantu.

ARTIKEL BERKAITAN : Kereta Dimasuki Air Dan Tenggelam Akibat Banjir, Ini Perlu Dilakukan

Artikel ini diambil dan diolah dari Roda Panas.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply