SHAH ALAM – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendakwa ahli Parlimen pembangkang merasakan diri mereka sudah memenuhi tanggungjawab sebagai wakil rakyat hanya dengan membahaskan belanjawan semata-mata.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sewaktu Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi pembangkang, parti berkenaan melakukan belanjawan bayangan.
Menurutnya, ia bertujuan untuk rakyat membuat perbandingan terhadap ekonomi negara jika PKR menjadi kerajaan.
“Pembangkang sekarang, mereka rasa cukup untuk jadi bayang-bayang di Parlimen saja.
“Itu sudah dikira penuhi tanggungjawab jadi ahli Parlimen yang membahaskan belanjawan negara,” katanya menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.
Rafizi berkata demikian susulan beberapa ahli Parlimen pembangkang membahaskan isu yang tiada kaitan dengan belanjawan negara.
Antaranya tentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ambil gaji dan ucapan yang memalukan dari Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.
Menerusi Belanjawan 2025, Rafizi berkata, kerajaan membincangkan perihal ekonomi, kenaikan gaji dan melindungi 85 peratus rakyat daripada risiko kenaikan kos sara hidup tetapi tidak bagi pembangkang.
“Pembangkang bincang, tidak puas hati terhadap Perdana Menteri kerana tidak ambik gaji. Ingat dia (pembangkang) nak mengikuti teladan Anwar untuk tidak ambil gaji atau potong gaji.
“Kami yang menteri PKR potong gaji 40 peratus. 20 peratus potong gaji untuk menjimatkan menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan 20 peratus lagi sumbangan kepada parti,” ujarnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.