Penemuan nombor perdana terbesar dunia telah diumumkan minggu ini dengan ia mengandungi 41 juta digit. Ia memintas rekod sebelum ini dengan perbezaan 16 juta digit. Nombor ini ialah 282,589,933-1 atau dengan nama panggilan lebih pendek M136279841. Ia adalah hasil menggandakan nombor dua sebanyak 136,279,841 kali yang kemudiannya ditolak dengan 1.
Selain menjadi nombor perdana terbesar pernah ditemukan, M136279841 juga adalah nombor perdana Mersenne terbesar pernah ditemukan. Nombor perdana Mersenne ialah nombor perdana yang terhasil dengan menggandakan nombor 2 sebelum ditolak dengan satu.
M136279841 ditemukan oleh Luke Durant, seorang penyelidik yang terlibat dengan Great Internet Mersenne Prime Search (GIMPS) pada 11 Oktober lalu. Durant menggunakan rangkaian superkomputer awanan yang dikuasakan ribuan cip NVIDIA A100 yang terletak di 17 negara. Penemuan kemudian disahkan oleh sebuah lagi superkomputer dengan cip NVIDIA H100. Kerana kejayaan menemukan nombor perdana terbesar, Durant menerima hadiah $3000 (~RM 13,000).
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.