Sekiranya merancang untuk meninggalkan rumah dalam tempoh lebih sehari petua letak duit syiling dalam freezer perlu kita praktikkan.
Tujuannya bukanlah untuk ‘memberanakkan duit’ sebaliknya untuk memastikan keselamatan makanan dalam peti sejuk selama kita meninggalkan rumah.
Petua ini dikongsi oleh netizen di Facebook dan ada penjelasan yang amat logik mengapa kita perlu lakukannya.
Kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik
Bila kita tinggalkan rumah dalam tempoh lama untuk pergi bercuti, balik kampung dan sebagainya ada kemungkinan ketika itu berlaku gangguan bekalan elektrik. Perkara ini takkan kita tahu.
Kalau gangguan hanya dua atau tiga jam ia mungkin tak memberi kesan. Ia juga tidak datangkan masalah pada alatan seperti lampu, tv, kipas dan sebagainya kerana biasanya kita akan memadamkannya.
Tapi ia akan memberi kesan kepada makanan yang ada dalam freezer seperti ayam, ikan, daging, lauk pauk dan makanan sejuk beku yang kita simpan.
Lebih-lebih lagi kalau gangguan bekalan elektrik itu berlaku dalam tempoh yang lama mungkin setengah atau satu hari. Makanan dalam freezer ini bila sudah cair dan terdedah lama sudah tentu tidak elok untuk kita makan.
Duit syiling tentukan berapa lama elektrik terpadam
Macam mana kita nak tahu dan nak elak dari makan makanan yang sudah rosak ini?
Inilah gunanya letak duit syiling dalam freezer. Ia akan memberitahu kita berapa lama peti sejuk terpadam.
Caranya:
- Masukkan 3/4 air ke dalam gelas atau bekas lutsinar. Kemudian masukkan ke dalam freezer, biar ia beku.
- Selepas beku, letak duit syiling di atas bekas ini.
- Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, periksa syiling dalam gelas itu.Jika syiling masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!
- Tapi kalau syiling tu di bawah gelas, bermakna ais tu sudah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama. Jadi jangan makan makanan dalam frezeer untuk elak keracunan makanan.
Sumber: Vanilla Kismis
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.