Ayuh Meriahkan IMPIANA Kuala Lumpur Design Fair 2024, Himpunan Seni & Rekaan Unggul Daripada Pereka Berbakat

Kuala Lumpur Design Festival (KLDF) 2024 kembali untuk edisi ketiganya dalam misi memartabatkan industri seni dan reka bentuk negara.KLDF X IMPIANA menemukan anda dengan rekaan terkini penuhi gaya hidup moden, pantas dan sofistikated.

Festival ini menghimpunkan beberapa produk dan idea reka bentuk tempatan dan antarabangsa yang terbaik termasuk pelbagai program seperti forum dan persidangan, pemasangan kreatif dan inovator berbakat. Acara berlangsung di lokasi berbeza antaranya – Pasar Seni, The Zhongshan Building dan Auditorium Dewan Bandaraya.

KLDF 2024 yang dinaungi oleh thnklb© dengan pengaruh IMPIANA menjadi platform untuk pereka, arkitek, artis dan pencinta seni berkumpul dan berdiskusi tentang seni reka bentuk melalui pendekatan yang lebih menarik dan mudah difahami oleh semua.

Tahun ini KLDF 2024 mengetengahkan tema “Everyday Design,” yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada semua dari profesional hingga pencinta seni serta seluruh masyarakat untuk melihat betapa pentingnya reka bentuk dan bagaimana elemennya sering ada dalam kehidupan seharian.

Selari dengan dengan festival ini,buat julung kalinya IMPIANA bertindak sebagai penganjur bersama,menganjurkan IMPIANA KL Design Fair secara eksklusif menghimpunkan koleksi unik dan inovatif daripada vendor-vendor kreatif. Dianggarkan hampir 30 vendor terdiri daripada pereka berbakat bakal mempamerkan hasil seni mereka. Antaranya Anggun, Xiapism,MTIB,Katta Kayu,Ruby Batik,LAIN by Hani, dan Urbanwave. Tentunya pencinta seni estetik,inilah masanya anda datang ke sini melihat dan sekaligus mendapatkan koleksi hebat yang diperagakan. Setiap rekaan pastinya istimewa dengan sentuhan yang tersendiri.

Pecahan produk kreatif yang dipamerkan merangkumi seni dan kraf, koleksi perabot, karya lukisan kreatif, arca seni, himpunan fesyen dan gaya hidup. Bagi setiap produk ini pengunjung akan ditawarkan diskaun istimewa sehingga 30%.Memang menarik!! Jadi rebutlah peluang hebat ini.

Pameran berlangsung di Legar Putra,WTC Kuala Lumpur ini bakal menarik perhatian umum khususnya pencinta seni dan reka bentuk. Majlis pelancaran rasmi diadakan pada 24 Oktober.

Sempena IMPIANA KL Design Fair, jangan lepas peluang mendengar Podcast dengan topik menarik pada 25 (Jumaat) dan 26 Oktober( Sabtu).

Paling best masuk adalah percuma. IMPIANA KL Design Fair berlangsung dari 24-26 Oktober dari jam 9 pagi hingga 6 petang.Inilah masanya anda peminat seni sama-sama meriahkan acara seni ini.Diharapkan dengan pendedahan seni ini dapat mendidik orang ramai tentang seni dan reka bentuk.

Untuk maklumat lanjut layari:
Laman Web Rasmi: https://kldesignfestival.com/
Media Sosial: https://www.instagram.com/kldesignfestival/


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply