Gabungan garam dan lada hitam memang banyak manfaatnya bukan sahaja dalam masakan malah perubatan altenatif juga.
Seorang pengguna Facebook bernama Siti Shariff berkongsi rahsia dan beberapa kebaikan hasil daripada gabungan dua bahan ini (garam dan lada hitam).
Garam Lada
“Dah lebih seminggu aku cuba rawatan ni, jadi sambil buat rawatan ni aku tergerak nak kongsi apa yg aku rasa sepanjang aku amal rawatan ni. Ijazah rawatan ni aku dapat dr video Ustaz Hanafi, salah seorang ‘cancer survivor’. Alhamdulilah terima kasih ustaz atas ilmunya.
“Kakak-kakak aku dah lama buat, dah selalu cerita kebaikannya, tapi tulah… Aku punya malas nak buat… Baru ni aku buat haha..
“Ok ringkasnya, ada beberapa kelainan yang aku dapat rasa, walaupun baru je buat secara konsisten dalam seminggu lebih ni,” jelas wanita ini di Facebooknya.
1. Angin keluar dari badan
Pertama, sepanjang sesi rawatan ni memang sendawa je. Badan memang rasa ringan, memang rasa berbeza.
2. Baik untuk sistem pencernaan
Haa ni best, aku rasa sistem pencernaan aku ada perubahan yang sangat ketara. Aku memang ada masalah kencing tak lawas, Alhamdulilah lepas buat ini dengan izin Allah memang rasa berbeza sangat. Lega dah takde rasa tak puas macam sebelumnya. Macam itu juga buang air besar dan lawas. Kalau dipikir macam tak logik je garam dan lada hitam ni ada kesan hebat macam ni. Hanya dengan izinNYA…
3. Sakit lutut hilang
Ok yang ketiga, lutut kanan aku ni sejak selepas PKP tu hari memang susah sikit nak lipat. Tak tau apa hal, memang kena paksa baru boleh lipat, tapi sakit la woi.
Tulah aku ni pulak kerja jenis banyak berjalan dan berdiri lama, jadi lutut kanan aku dan sendi-sendi lain kaki memang bisa-bisa. Hari kedua aku buat je Alhamdulilah aku dah boleh rasa perubahan. Aku pun dah boleh lipat lutut macam biasa, tiada rasa sakit. Rasa bisa-bisa pada sendi terutama bila bangun pagi pun berkurangan sangat-sangat. Allahu, memang macam magik la.
4. Membuatkan tidur lebih nyenyak
Awal-awal buat kemarin siap terlajak-terlajak tidur, punya la syok. Memang berbeza sebab aku memang jenis tidur lambat dan susah nak tidur sebelum ni. Kadang nak dapat tidur tu sampai sejam lebih bergolek-golek baru tertidur.
Tapi izin Allah, lepas seminggu aku amal rawatan ni memang tidur nyenyak dan nak tidur memang mudah. Letak kepala ke bantal sedar-sedar je dah pagi. Itulah bila tidur nyenyak, kemudian tidur kita berkualiti, walaupun kadang-kadang tidur lambat tapi bangun pagi mudah dan tak rasa macam sebelum-sebelum ni. Lemah je nak bangun.
Lagi satu rawatan ni macam urus balik masa tidur kita, aku biasa buat rawatan ni sebelah malam, lepas buat rawatan ni mata pun kelat-kelat, terus nak tidur. Jadi automatik aku tidur lebih awal, kalau tak memang lewat sahaja tidur. Orang yang susah tidur atau penghidap insomnia, aku galakkan cuba la, mudah-mudahan ada manfaat.
5. Tidak mudah letih
Sepanjang lebih seminggu amal rawatan ni aku perasan yang aku tak mudah letih. Sebelum ni kalau kerja dia punya penat memang semacam. Tapi seminggu ni memang sedap rasa badan. Rasa ringan, tak cepat letih.
Menurutnya lagi, rawatan menggunakan garam dan lada hitam ni juga salah satu metode perubatan Islam terutama yang berkaitan gangguan jin atau sihir.
Mengamalkan rawatan ni Insyallah dapat mengelakkan gangguan jin. Jadi sebelum buat mulai dengan bacaan Bismilah 5, Selawat atas junjungan Baginda Rasulullah, Ayatul kursi dan niatkan moga Allah sembuhkan penyakit dan gangguan yang ada dalam diri.
“Ok, aku plan nak buat selama 40 hari, ambil berkat kisah-kisah Nabi. Lepas tu aku nak jarak-jarak sikit la dalam beberapa kali seminggu. Aku galakkan la bagi sesiapa mahu cuba, bagi yang tak sakit pun boleh cuba.
“Lagipun modal tak sampai RM10. Jadi tulah serba sikit perkongsian aku. Oh sebelum terlupa, bagi yang nak cuba jangan lupa minum banyak air, sekurang-kurangnya 8 gelas/2 liter sehari. Lagi satu kesan rawatan bagi setiap orang pun mungkin berbeza-beza, jadi sesiapa yang nak cuba tu nanti boleh tengok apa perubahan yang berlaku selepas amal rawatan ni.
“Nanti jangan lupa kongsi dgn aku dan org lain ya. Ada pun garam, lada hitam ni semua hanyalah asbab, hanyalah sebahagian daripada usaha kita, kesembuhan hanya datang dengan keizinan Allah Azza Wa Jall. Insyallah,” jelasnya dengan panjang lebar.
Sumber: Siti Shariff
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.