BMW – TOYOTA Jalin Kerjasama Demi Teknologi Hidrogen

BMW Group dan Toyota Motor Corporation sekali lagi membuktikan mereka adalah pelopor dalam dunia automotif dengan melangkah ke hadapan dalam pembangunan teknologi kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV). 

Kedua-dua gergasi automotif ini sedang bekerjasama rapat untuk membawa teknologi sel bahan api ke tahap yang seterusnya. 

Memberi pelanggan pilihan enjin elektrik yang lebih mesra alam dengan pelepasan sifar di peringkat tempatan.

Kredit - Press BMW Group
Kredit – Press BMW Group

Fasa Pertama Pelan

BMW merancang untuk melancarkan kenderaan FCEV pengeluaran siri pertama mereka pada tahun 2028. Kerjasama antara BMW dan Toyota dalam pembangunan sistem kuasa ini tidak hanya mempercepatkan inovasi. Tetapi juga memperkukuhkan matlamat bersama mereka dalam menggerakkan ekonomi hidrogen. 

Melalui pendekatan ‘technology openness’, mereka akan menyediakan pelbagai pilihan enjin elektrik untuk masa depan. Termasuk kenderaan sel bahan api ini yang diharapkan menjadi permintaan besar dalam dekad akan datang.

Kredit - Press BMW Group
Kredit – Press BMW Group

Oliver Zipse

Ketua Lembaga Pengurusan BMW AG, menyatakan bahawa ini adalah satu titik penting dalam sejarah automotif. “Dikuasakan oleh hidrogen dan didorong oleh semangat kerjasama, teknologi ini akan mengukuhkan bagaimana kemajuan teknologi sedang membentuk mobiliti masa depan,” katanya. 

Koji Sato 

Presiden Toyota pula menegaskan kerjasama ini mencerminkan kepercayaan mereka terhadap ‘pendekatan pelbagai laluan’ untuk mencapai neutral karbon.

Apa yang menarik tentang kerjasama ini adalah pembangunan teknologi powertrain yang akan digunakan oleh kedua-dua syarikat untuk model kenderaan penumpang. 

Teknologi teras sel bahan api ini (generasi ketiga) akan digunakan dalam model individu BMW dan Toyota. Memberi pelanggan lebih banyak pilihan kenderaan FCEV. Dengan bergabung tenaga, kos pembangunan teknologi sel bahan api ini dapat dikurangkan, menjadikannya lebih mampu milik untuk pelanggan di seluruh dunia.

Kredit - Press BMW Group
Kredit – Press BMW Group

 BMW iX5 Hydrogen 

Setelah berjaya menguji model BMW iX5 Hydrogen di seluruh dunia. BMW kini sedang bersiap sedia untuk pengeluaran siri pada tahun 2028. Kenderaan ini akan ditawarkan sebagai satu varian tambahan kepada model sedia ada BMW. 

Melengkapkan pilihan pemanduan elektrik yang mereka tawarkan – bersama-sama kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan hibrid plug-in (PHEV), dan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Lebih daripada itu, kedua-dua syarikat juga berusaha untuk memperluas infrastruktur pengisian semula hidrogen. Ini penting dalam memastikan teknologi hidrogen dapat digunakan dengan lebih meluas. Bukan sahaja untuk kenderaan komersial, tetapi juga untuk kenderaan penumpang. 

Mereka juga bekerjasama dengan syarikat yang terlibat dalam pengeluaran hidrogen rendah karbon dan infrastruktur pengedaran.

Manfaat teknologi hidrogen ini adalah sebagai pembawa tenaga masa depan yang menjanjikan dalam usaha global untuk mengurangkan karbon. 

Hidrogen dapat berfungsi sebagai medium penyimpanan tenaga yang efektif untuk sumber tenaga boleh diperbaharui. Membantu menyeimbangkan penawaran dan permintaan serta membolehkan integrasi tenaga yang lebih stabil ke dalam grid elektrik.

Dari BMW Group

Baca Juga Setiap Segmen Prestasi Jenama Kereta Terkenal

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply