Rupanya ada cara betul untuk jaga periuk dan kuali jenis material keluli tahan karat atau lebih dikenali ‘stainless steel’ ni. Barulah permukaannya tetap berkilat, tahan lama dan tak mudah rosak. Bukan main sebarang cuci je.
Boleh ikut tip untuk jaga periuk, kuali jenis Stainless Steel yang dikongsikan oleh Puan Angeline Tyy ini.
Kalau tahu cara yang betul menjaga periuk stainless steel memang boleh tahan sampai ke anak cucu. Saya menggunakan ceramic cooker. Periuk stainless steel tetap akan berubah warna kalau menggunakan suhu yang tinggi sebab periuk overheated walaupun tiada api dan asap.
1. Jangan Guna Cecair Kimia / Berasid
Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia/ berasid seperti asam, jus nenas/ lemon, cuka, baking soda, coke mahupun garam untuk membasuh periuk stainless steel, nescaya rosak permukaan berkilatnya. Ini semua musuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.
2. Rendam Dengan Air Selepas Memasak
Cara yang betul adalah merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak. Kemudian buang air tersebut dan lap segala minyak & kotoran/ makanan yang melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels).
3. Guna Scotch Brite 3M Green Pad & Pes Detergen
Selepas itu baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yang basah dengan Axion/ Swif detergent paste. Lihat gambar ke-3. Tidak payah membuang masa untuk menggosok dengan kuat. Hanya membasuh seperti biasa. Tersangat mudah untuk dibasuh. Lap dengan tuala dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan. Periuk itu akan senantiasa kekal berkilat.
Selamat Mencuba!
Semoga Bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini: Atasi Periuk Kuali Berselerak, Pasang Rail Bawah Kabinet!
Artikel Menarik: Kilatkan Kembali Periuk Hitam & Berkerak, Guna Dua Bahan Je!
Mesti Baca: Guna Cuka Trik Mudah Hilang Kerak Dalam Periuk Belanga
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bagi yang ada periuk jenis stainless steel ni kalau nak cuci dan pastikan ia bersih serta tetap berkilat ikut tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Angeline Tyy
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.