Mempunyai lesung pipit merupakan satu anugerah buat mereka yang memilikinya. Untuk info, lesung pipit ini tergolong dalam kategori cacat, namun kecacatan ini merupakan cacat kecantikan.
Meski ia sering dikaitkan dengan wanita, namun jangan tak tahu, lelaki pun akan tampak tambah manis kalau punya aset ni tau!
Fakta Lesung Pipit
- Boleh muncul di bahagian tubuh yang lain
Biarpun ia dipanggil lesung pipit, lekukan kulit ini bukan sahaja muncul di pipi tetapi juga boleh muncul di bahagian badan yang lain. Pada asasnya, lesung pipit terbentuk pada tisu bergerak.
Ini bermakna lekukan ini boleh berlaku pada pipi, dagu, lengan atas, bahu atau payudara jika dirangsang dengan betul. Selain itu, lesung dagu juga cukup biasa terjadi selalunya dipanggil sumbing dagu.
Kerutan kulit ini juga boleh berlaku di bahagian bawah punggung yang dipanggil sacral dimple. Ia berlaku apabila lekukan kulit terbentuk pada tulang sakral, yang terletak di dasar tulang belakang. Kebanyakan orang mempunyai satu atau dua lesung pipit di kawasan ini, tetapi sesetengah orang boleh mempunyai lebih daripada dua.
2. Lesung pipit boleh diwarisi
Lesung pipit adalah sifat dominan yang boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada anak. Dalam erti kata lain, jika kedua ibu bapa anda mempunyainya, kemungkinan besar anda juga akan mendapat lesung pipit.
Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang mempunyai lesung pipit mempunyai anak yang memiliki lekukan ini juga. Hal ini kerana, corak warisan lesung pipit tidak dapat diramalkan. Itulah sebabnya beberapa penyelidik mengklasifikasikannya sebagai sifat dominan yang tidak teratur.
3. Sekitar 20% manusia di dunia memiliki pelbagai jenis lesung pipit
Menurut laporan seliaan Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia yang memiliki lekuk kecil pada pipi dan lebih 50% daripada jumlah itu mewarisi lesung pipit melalui ibu bapa mereka.
Ajaibnya, ia mungkin akan muncul ketika bayi tetapi hilang apabila mula masuk usia kanak-kanak, remaja atau dewasa bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya seperti penambahan berat badan, perubahan struktur muka serta faktor penuaan tubuh badan secara semula jadi.
Jadi, tidak hairan kalau ia boleh muncul atau hilang dengan tiba-tiba atas faktor-faktor tertentu.
4. Boleh diperoleh melalui pembedahan
Terdapat cara untuk mendapatkan lesung pipit iaitu melalui pembedahan plastik. Dimpleplasty ialah pembedahan plastik yang boleh memberikan anda lesung pipit pada muka dengan membuat hirisan, membuang sedikit lemak di bawah kulit untuk membuat lekukan kulit pada pipi.
5. Disebabkan oleh kelainan pada otot normal
Lesung pipit disebabkan oleh kelainan pada otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Otot ini terlibat dalam ekspresi muka. Itulah yang membantu anda mengangkat sudut mulut anda apabila tersenyum. Pada orang yang mempunyai lesung pipit, zygomaticus major boleh dibahagikan kepada dua kumpulan otot yang berasingan dalam perjalanan ke mulut. Satu kumpulan bersambung di sudut mulut. Satu lagi dihubungkan di bawah sudut mulut dan juga dilampirkan pada kulit di atasnya.
Perpecahan pada otot ini boleh dirujuk sebagai otot zygomaticus major berganda atau bifid. Pergerakan kulit di atas otot zygomaticus major berganda apabila anda tersenyum menyebabkan lesung pipit terbentuk.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Sumber: HaloDoc / HelloDoktor
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.