Tahun 2024 ini, jingga gelap dan merah bata bakal menjadi tema paling popular untuk Hari Raya Aidilfitri di negara ini.
Namun, baru-baru ini tular perkongsian yang menyatakan haram memakai pakaian berwarna brick orange seperti yang dinyatakan dalam satu hadis yang menyatakan larangan memakai warna merah dan oren.
ARTIKEL BERKAITAN : Brick Orange Diramal Akan Jadi Tema Warna Paling ‘Hot’ Aidilfitri 2024?
Perkara ini membuatkan orang ramai tertanya-tanya adakah benar kenyataan tersebut kerana ramai juga yang sudah membeli dan menempah warna ini.
Hukum pakai warna merah atau oren?
Namun, menurut pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ummu Naielah, dia menjelaskan hukum larangan memakai warna terbabit bukan haram mutlak namun mempunyai faktor yang bergantung pada konteks zaman.
Jelasnya, hadis larangan memakai warna merah, oren atau kuning ini dikhususkan kepada kaum lelaki.
“Betapa banyak perbezaan pendapat di kalangan ulamak, 8 pendapat kesemuanya yang dinuqilkan Imam Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (10/306).
“Kena faham ‘Illat’ (faktor) yang menyebabkan pengharamannya ketika itu, ini termasuk fiqh waqi’. Pada zaman itu fabrik warna merah,oren, kuning yang dicelup zafron (safron) atau usfur adalah dilarang kerana ia perhiasan bagi kaum wanita,” terangnya.
Katanya lagi, bagaimanapun larangan terbabit sudah tidak sesuai pada zaman sekarang kerana fabrik moden kebanyakannya terhasil daripada pewarna sintetik.
“Maka hukum memakai baju warna merah atau oren kembali kepada asal yakni harus kerana ketiadaan unsur pewarna dari tumbuhan tadi yang menjadi faktor pengharamannya,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan mengenai larangan bagi kaum lelaki memakai warna yang menggunakan pewarna semula jadi. Boleh lihat di sini untuk penjelasan lanjut.
3 Warna Tidak Disukai Baginda Rasulullah SAW.
Selain daripada mengamalkan kebersihan, kesopanan dan menutup aurat dalam berpakaian, pemilihan warna juga perlu diambil kira.
Digalakkan tidak memilih tiga warna ini adalah ia merupakan warna yang tidak disukai oleh baginda Rasulullah SAW.
1. Jingga
Nabi Muhammad SAW pernah berkata warna jingga adalah pakaian orang kafir, maka elakkanlah daripada memakai warna tersebut.
Selain itu, Muslim meriwayatkan bahawa Ali pernah berkata, Rasulullah melarang mereka memakai pakaian berwarna jingga. Di sini, diketahui pakaian tersebut hanya dicelup dengan pewarna merah. Ini bermakna oren adalah sama dengan kuning kemerahan.
Malah dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud ada menyatakan bahawa ketika itu para sahabat menemani Nabi dalam perjalanan yang jauh. Dia melihat haiwan yang mereka tunggangi ditutup dengan kain yang mengandungi benang merah.
Rasulullah SAW juga bersabda, “Ingatlah, aku rasa warna merah membuatmu sakit.”
2. Kuning
Rasulullah SAW bersabda, “Apakah ibumu menyuruhmu memakai pakaian ini?” Abdullah bin Amr bin ‘Ash, menjawab, “Apakah saya harus membasuh keduanya?” Lalu Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, tetapi keduanya harus dibakar” (HR Muslim).
Dalam hadis Muslim yang lain disebutkan bahawa “Sesungguhnya pakaian yang dicelup kuning adalah pakaian orang kafir, maka janganlah kamu memakainya lagi.” (HR Muslim).
3. Merah
Dalam Ar-Raudhah al-Bahiyyah fi Mu’jizah an-Nabi wa ash-Syaa’il Muhammadiyyah oleh Ahmad Musthafa Mutawalli, ada tertulis bahawa Nabi Muhammad tidak minat pakaian berwarna merah atau hitam.
Menerusi penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa warna Rasulullah tidak suka adalah merah, kuning dan jingga. Antara sebab Baginda tidak suka dengan warna-warna tersebut adalah kerana menyerupai pakaian orang kafir pada ketika itu.
KESIMPULAN
Warna apa Sahaja boleh pakai termasuk jingga(brick orange) kecuali haram bagi lelaki untuk pakai kain yang dicelup dgn saffron atau safflower. Warna yang ada sekarang guna pewarna tiruan bukan pakai saffron atau saffflower , jadi tiada masalah.
Moga bermanfaat!
BACA LAGI : “#Womanprotectwoman” -Wajah Ruhainies Di ‘Censored’ Jenama Produk Kecantikan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Detik.com & SindoNews, Facebook
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.