Tinggal sendirian dalam rumah tapi tekak terasa nak makan kek coklat homemade atau dibuat sendiri. Supaya tak membazir boleh gunakan sukatan yang dikongsi oleh Jebat Shima.
Dengan sukatan empat sudu bahan, tetap terhasil kek coklat yang enak dalam kuantiti yang cukup untuk dimakan oleh seorang atau dua ahli keluarga.
Resipi kek coklat ringkas sukatan 4 sudu
Bahan-bahan
4 sudu gula
1 biji telur
4 sudu minyak
4 sudu serbuk koko
4 sudu tepung gandum
1/2 sudu teh baking pawder
1/2 sudu teh sodabikarbonat
Cara membuat
Campurkan gula dan telur, kacau guna garpu saja.
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau sebati.
Sediakan empat cawan plastik, tuang adunan ke dalamnya.
Kukus 15-25 minit.
INFO: Jika mahu kuantiti lebih banyak, gandakan saja adunan.
Resipi & foto: Jebat Shima
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.