Pelakon terkenal Korea Selatan, Go Min Si baru-baru ini mendedahkan rahsia bagaimana berat badannya mampu turun sehingga mencapai 43 kilogram bagi menjayakan watak Yoo Seong Ah dalam drama bersiri ‘The Frog’ yang ditayangkan pada Ogos lalu.
Go Min Si (29) sudah pun terkenal sebagai salah seorang pelakon yang berdedikasi terhadap kerjayanya sepanjang berada dalam industri dan sejak kebelakangan ini beliau mengaku bahawa setiap hari, makanan hariannya sangat terhad ketika melakukan diet tersebut.
Menurut Min Si, setiap hari dirinya hanya mengambil secawan kopi latte ais, sehelai rumpai laut berperisa, dan dua biji telur rebus.
Katanya, transformasi melalui diet melampau ini merupakan sebahagian dari persiapannya untuk wataknya melibatkan adegan fizikal dan menunjukkan tubuh badan yang ramping.
Jelasnya lagi, penurunan berat badan yang sangat mendadak ini memang disengajakan dengan tujuan memberikan penampilan karakter yang lebih semulajadi dan ngeri kepada beberapa adegan kejam dalam drama berkenaan.
Meskipun menjalani diet ketat, Min Si justeru mengaku bahawa dirinya mampu lebih fokus ketika makan dalam kuantiti sedikit.
“Saya boleh lebih fokus kalau makan sedikit. Sejujurnya, fikiran saya lebih jelas sewaktu lapar. Kalau saya makan, saya akan cepat mengantuk tapi macam sekarang makan sikit boleh buatkan fikiran saya lebih tajam dan waspada dengan keadaan sekeliling,” katanya.
Dalam pada itu, walaupun terdahulu berat badan pelakon ‘Sweet Home’ ini pernah mengalami naik turun sehingga mencapai berat 58 kilogram semasa penggambaran ‘The Witch’. Min Si mampu menyesuaikan berat badannya dengan cepat dan kadang-kadang mampu turun sebanyak 3 kilogram dalam masa sehari.
Selain itu, dirinya juga menegaskan bahawa dia merasa lebih bersemangat dan mampu menunjukkan komitmennya dengan lebih baik dalam menjayakan wataknya dalam drama The Frog.
Sekadar info, dalam perkembangan terkini, Go Min Si bakal muncul menerusi drama romantik berjudul ‘Your Taste’ bersama Kang Ha Neul yang dijadual bakal ditayangkan pada tahun 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.