Ameera Khan Akui Suka Personaliti Lelaki Seberang Berbanding Malaysia – “Orang Indonesia Soft Spoken…”

Pempengaruh terkenal dan juga adik kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan mengakui bahawa dirinya lebih tertarik dengan lelaki negara jiran, Indonesia.

Mengakui usia masih muda, Ameera berkata, tidak salah untuk berkenalan dengan beberapa lelaki dan menilai yang mana satu memiliki kriteria yang tepat dan menepati ciri idaman.

Ameera Khan Ameera Khan

“Ketika ini saya masih mencari lelaki yang tepat untuk diri saya. Umur saya juga masih muda iaitu 23 tahun.

Jadi, saya tidak boleh tergopoh-gapah sekiranya jumpa seorang lelaki terus katakan dia adalah yang dicari selama ini, tidak begitu.

Saya perlu mengenali beberapa lelaki untuk menilai mana yang ada potensi, mana yang lebih selesa berkawan, mana yang tak boleh pakai langsung.”

Ameera berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di sebuah platform media sosial, baru-baru ini.

Indonesia ‘sweet’ sangat

Dalam sesi sama, adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa turut berkongsi pengalaman peribadi berkenalan dengan lelaki berasal dari Malaysia dan Indonesia.

Kata Ameera, lelaki dari seberang lebih ‘sweet’ berbanding jejaka di Malaysia yang kebanyakkan membuat hubungan cinta menjadi toksik.

“Mungkin jodoh saya orang Indonesia, Mesir atau Malaysia. Saya kenal ramai yang dari Malaysia, mereka sangat baik.

Tetapi orang Indonesia sangat ‘soft spoken’, memahami, ambil berat dan tidak toksik.

Berdasarkan pengalaman peribadi saya, orang Malaysia apabila terlalu mencintai, hubungan itu lama-kelamaan akan jadi toksik.

Orang Indonesia sangat ‘sweet’, kalau ketika sedang menelefon, dia akan panggil ‘hi cinta, tengah buat apa itu’. Saya suka begitu.”

MASKULIN  : Mungkin Ameera tak jumpa lagi orang Malaysia yang sweet lagi kot. Apa-apa pun moga Ameera Khan berjumpa jodoh lelaki yang baik okay!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply