Seorang bapa meluahkan rasa syukur apabila putera sulungnya yang baru berusia 12 tahun sudah pandai berdikari dalam menyediakan bekalan sendiri untuk dibawa ke sekolah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @amyzana, dapat dilihat anak lelakinya itu yang lengkap memakai baju sukan sekolah sedang menyediakan nasi goreng sebelum berangkat ke sekolah.
ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 18 Tahun Pecah Rekod Dunia, Berjaya Tawan Puncak Tertinggi Di Bumi
Dalam perkongsian sama, bapa remaja itu turut memberitahu anaknya bercita-cita untuk berjaya seperti usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming kelak.
“6.40 pagi nak bujang tengah memasak sebelum pergi ke sekolah. Si along ni ni baru darjah enam, alhamdulilah dia dah pandai berdikari.
“Tak ada lah bapanya risau sangat, katanya nak jadi macam Khairul Aming,” coretnya di ruangan kapsyen.
ARTIKEL BERKAITAN: Saya #RemajaMalaysia : ‘Mowgli Malaysia’ Kini Pemilik Bengkel Motosikal
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa kagum dengan kerajinan serta kemahirannya memasak nasi goreng walaupun usianya baru sahaja 12 tahun.
Selain, ramai juga yang memuji ibu bapa remaja berkenaan yang pandai dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan berguna dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.
“Anak yang hebat.. Sussah nak jmpa budak sekarang pandai masak.. Biasa sibuk dengan gajet sahaja.. Tahniah adik serta ibu bapa yang mendidik anaknya,” komen pengguna TikTok.
“Alahai anak… moga kamu jadi contoh terbaik buat adik-adik…moga berjaya dunia akhirat ya… hebat mak ayah kamu,” tulis seorang lain.
“MasyaAllah… bagus didikan orang tuanya ini… saya nak suruh anak sendiri masak, tapi anak ada tak ada…” komen lagi seorang pengguna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Amyzana
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.