Suami Isteri Rajin-rajinlah Solat Tahajud, Rasai ‘Keajaiban’ Yang Akan Berlaku

Ketenangan dan ketenteraman jiwa yang diperoleh daripada amalan keagamaan memainkan peranan utama dalam kehidupan. Solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.

Dalil disyariatkan solat tahajud ini adalah sebagaimana firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)

Namun apabila pasangan suami isteri melakukan solat tahajud maka tersedia kelebihan buat mereka.

Ini kelebihan buat suami isteri yang mengamalkan solat tahajud:

1. Dirahmati Allah dan dijadikan keluarga yang penuh kasih sayang.

Setiap suami isteri pasti ingin keluarganya sakinah mawaddah wa rahmah. Sakinah itu ketenangan.

Keluarga yang sakinah membuatkan seorang suami yang ketika di luar rumah penat kerana pekerjaan atau lelah kerana berdakwah, ia menjadi tenang apabila masuk ke dalam rumah dan bertemu dengan isterinya.

Mawaddah itu ertinya cinta kerana pertimbangan fizikal. Dek kerana merasa isterinya cantik dan suaminya tampan, hasrat cinta pun menyatukan keduanya.

Dari mawaddah inilah suami isteri saling memenuhi keperluan biologisnya dan mengubah syahwat menjadi pahala. Mawaddah umumnya khusus pada usia perkahwinan dalam usia muda. Apabila usia semakin bertambah, mawaddah bukan lagi keutamaan.

Lalu mengapa suami isteri tetap harmonis meskipun tidur saling memunggungi? Itulah rahmah. Cinta dan kasih sayang bukan kerana pertimbangan fizikal sama sekali. ia disebabkan akhlak, karektor dan kerana cinta itu sendiri.

Untuk suami isteri yang saling membangunkan dan menunaikan solat tahajud, Allah memberikan rahmatNya. Rahmat yang salah satu bentuknya menjadi rahmah dalam rumah tangga.

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً قَامَ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّتْ فَإِنْ أَبَتْ رَشَّ فِى وَجْهِهَا الْمَاءَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَصَلَّى فَإِنْ أَبَى رَشَّتْ فِى وَجْهِهِ الْمَاءَ

“Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu solat dan ia pun membangunkan isterinya lalu sang isteri juga solat. Bila isteri tidak mahu bangun, ia percikkan air ke wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang perempuan yang bangun di waktu malam lalu ia solat dan ia pun membangunkan suaminya. Bila suami enggan untuk bangun, ia pun memercikkan air ke wajahnya.” (HR. An Nasa’i. Hadits senada juga diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi)

2. Dicatat sebagai orang-orang yang selalu mengingat Allah

Alangkah bahagianya jika Allah memasukkan seorang hamba dalam kategori selalu mengingatNya. Sebab Allah menjanjikan, siapa yang mengingatNya maka Allah akan mengingat orang tersebut.

Saat ada masalah, ditolong oleh Allah. Saat memerlukan sesuatu, dibantu oleh Allah. Saat dizalimi, dibela oleh Allah.

Suami isteri yang saling membangunkan untuk solat tahajud meskipun hanya dua rakaat, mereka berdua mendapatkan keistimewaan ini.

إِذَا أَيْقَظَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّيَا أَوْ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ جَمِيعًا كُتِبَا فِى الذَّاكِرِينَ وَالذَّاكِرَاتِ

“Jika seorang lelaki membangunkan isterinya di waktu malam lalu keduanya solat, atau solat dua rakaat bersama, maka keduanya ditulis dalam kelompok orang-orang yang selalu mengingati Allah”(HR. Abu Daud, An Nasa’i dan Thabrani).

Dengan keistimewaan seperti ini, tidakkah kita mahu berusaha membiasakannya?

Sumber: webmuslimah.com via III

VIDEO:


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply