Harman Kardon telah membawa pengalaman audio yang mengagumkan terus ke kereta anda dengan siri sistem audio kereta Flow terbarunya. Dicipta untuk memberikan kualiti bunyi seperti di studio rakaman. Siri Flow ini direka khas untuk para pemandu yang inginkan pengalaman mendengar muzik yang luar biasa sepanjang perjalanan.
Muzik Menjadi Nyawa Setiap Perjalanan
Dengan sistem audio premium seperti FLOW 600CF, FLOW 601CFS, FLOW 300S, FLOW 75T, FLOW 80, dan FEEL 700. Harman Kardon menggabungkan teknologi audio terkini dengan reka bentuk yang mewah. Setiap perjalanan kini boleh menjadi seperti berada di konsert yang hebat, dengan bunyi yang jelas dan mendalam memenuhi ruang kereta anda.
FLOW 600CF & FLOW 601CFS: Bunyi Semula Jadi dan Terperinci
Sistem pembesar suara komponen 2-hala ini direka untuk menyampaikan bunyi yang terperinci dan semula jadi.
Dibantu oleh teknologi Aluminium Deep Ceramic Composite (D.C.C) dan Plus One™. Anda akan mendengar setiap nota lagu kegemaran dengan kejelasan seperti yang dimaksudkan oleh artis.
FLOW 600CF dan FLOW 601CFS juga mempunyai ciri crossover berprofil rendah yang membolehkan sistem ini berfungsi sebagai sistem 3-hala penuh dengan menambah woofer pertengahan FLOW 300S.
FLOW 300S: Woofer Midrange 3” yang Praktikal
Bagi yang inginkan persediaan audio yang lebih mudah. Woofer FLOW 300S menawarkan pemasangan yang pantas tanpa menjejaskan kualiti bunyi.
Dengan keupayaan menghasilkan frekuensi rendah yang lancar, ia memastikan setiap perjalanan disertai dengan bunyi yang penuh dan mengasyikkan.
Reka bentuknya yang kompak menjadikannya sesuai untuk kebanyakan jenis kenderaan di jalan raya hari ini, membawa bunyi Harman Kardon ke lebih ramai pengguna.
FLOW 75T: Tweeter Berprestasi Tinggi
Bagi bunyi frekuensi tinggi yang jelas dan halus, FLOW 75T menawarkan penyebaran bunyi yang luas dan prestasi yang tepat.
Direka dengan kon D.C.C dan gegelung suara aluminium, tweeter ini mampu menghasilkan tindak balas frekuensi sehingga 40kHz. Memberikan anda pengalaman mendengar yang lebih kaya dan terperinci.
FLOW 80: Subwoofer Direka Khas untuk BMW
FLOW 80 adalah subwoofer bawah tempat duduk 8 inci yang direka khusus sebagai naik taraf untuk subwoofer kilang BMW.
Struktur uniknya memastikan subwoofer ini dapat dipasang dengan mudah tanpa mengambil terlalu banyak ruang, namun memberikan prestasi bunyi yang dinamik dan mendalam.
FEEL 700: Subwoofer Berkuasa Kecil untuk Bass yang Lebih Padu
Jika anda mahukan bass yang berkuasa tanpa mengorbankan ruang, FEEL 700 adalah pilihan terbaik.
Dengan penguat RMS 125W terbina dalam, subwoofer ini memberikan prestasi yang kuat dan efisien. Memastikan setiap detik muzik penuh dengan tenaga.
Reka bentuknya yang kompak memudahkan pemasangan di bawah tempat duduk, menjadikan ia pilihan ideal untuk menaik taraf bunyi kereta anda.
Reka Bentuk Mewah dan Teknologi Canggih
Bukan sahaja berkualiti dari segi bunyi tetapi setiap sistem audio Harman Kardon ini direka dengan tumpuan kepada kemewahan dan kemampanan.
Menggunakan teknologi PurePath™ dan Clari-Fi™, sistem audio ini mampu memulihkan butiran bunyi yang hilang semasa pemampatan digital, memastikan setiap lagu kekal segar dan tulen, walaupun pada volum yang tinggi.
Dapatkan Sistem Audio Harman Kardon Flow di Malaysia
Sistem audio Harman Kardon siri Flow kini tersedia untuk pembelian dalam talian di laman web Harman Kardon Malaysia atau di peruncit aksesori kereta terpilih seluruh negara mulai 17 Oktober 2024. Tingkatkan pengalaman pemanduan anda dengan sistem bunyi premium dari Harman Kardon!
Dari Careta
Baca Juga Proton eMas 7 – Foto Kabin Dedah Skrin Lebar dan 16 Pembesar Suara
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.